Sunday 17 October 2010

☺Jangan Tension

There's nothing on the net. The phone has been so quiet for the whole time. Sunyi dari sms, call. Nothing. Rindunya :( The only thing yang ada - flashes of the memories in front of my eyes, the sweet things. I cant believe my family and I were having good times last couple weeks. But now, gaah. Hidup ni memang memerlukan banyak pengorbanan. 

Hari ini tak mungkin lagi seperti semalam. Aku punya tanggungjawab. And to be this far from my loved ones, my family - this is jihad. And it needs sacrifices. Rarely update konon-konon stadi walhal layan movies tahap tak ingat. Memang lumrah bila dicampak jauh beribu batu dari tanah air, maka cerita-cerita melayu lah pengubat homesick. Tapi macamlah tengok cerita melayu je. Bukan ke habis semuanya dibalun? Tak juga.

Sebenarnya esok, quite a disastrous day bagi aku, aku rasa. Dukturah memang garang majnun takpayah cakap. Rasa memang tak dapat nak ditolerate lagi transitional epithelium of urinary bladder neh waktu lecture dengan dukturah ni takut punya pasal. Memang tachycarida habis. Silap haribulan, kalau severe sympathetic stimulation, boleh pause jantung aku ni. 'No smiling during lecture. Only after lecture. Perhaps smiling partially in the lab', katanya.

Tapi yang peliknya, segarang mana pun dukturah tersebut, penyakit ngantuk dalam kuliah memang takpernah nak faham. Serious, kita tak pernah mintak kann. Ngantuk tu sendiri yang menjemput ketika dalam kuliah kann. Nak buat macam mana. TERtidur kot. Bukan sengaja. Sekurang-kurangnya barokah tu ada sebab datang kuliah daripada tidur kat rumah. Tapi jangan kau datang kuliah niat tidur sebab ada aircond daripada duk umah panas gilo, memang barokah head brain kau ah. agagaga =P

Dan setiap kali lecture beliau jugak, memang kena prepare awal awal. Branch CNS untuk histo memang banyak gila, dahla banyak nama pelik, nama stok nak gah takbley blah nak mampus. Substantia gelatinosa of rolandi (nama macam nama pelakon hollywood boley) , and ada jugak nama stok nak panjang panjang takbley blah jugak- hypothalamohypophyseal tract. Kalau nak bagi nama anak dengan nama neurotransmitter iaitu noradrenaline pun boleh.

And belajar jugak memerlukan kreativiti. Dan memerlukan banyak penggunaan imaginasi. Sedangkan cell pun cannot be seen thru naked eyes, ni kan nak kaji banyak gila metabolic process dalam mitochondria yang lebih kecik daripada cell tu sendiri. And ada pulak pengiraan ATP dalam tu. Hebatnya ciptaan Allah.

I think my book needs me back now. Kalau rasa macam nak gila dah study, benti lah. Tak masuk punya kalau kau paksa. Boleh cuba gila-gila dengan kawan-kawan untuk hilangkan gila sebab belajar. Tapi lebih baik kau pergi bukak quran dan baca. Fuiyoh, bunyi macam baik je rasa. Takde ah, jangan ingat benda baik, budak baik je boleh buat. Tak. Kau pun boleh. Percaya ah.

Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla..

4 comments:

Fizin said...

what thaa! sumpah xpaham terms medic neh. HAHAHA. hey my dearest friend, study study and study lahh! jgn tidur tyme lecture! n jgn onl! hee. ;) all the best in ur stud!

The Blogwalker said...

o yeah! tomorrow might be another day. Kuat kan hati n perasaan kao yana!. n sure, pasnih kiter pakat beli mata palsu utk cover mata masing2.PLUSS, carik port x sng ditanya. =p

pst. SGR tuh mmg x leyh blah nak dpt nama canggeh! tp xpe, seswai ngan ciptaan Allah yg mmg konpem hebat benor. Subhanallah~

senget said...

org kata hidup kt bumi ni sekali je.lepas ni no turning back.hanya yg ada kenangan dan pengalaman utk dibawa ke masa hadapan supaya dijadikan pengajaran dan pedoman dlm kehidupan.
tension 2 pengalaman.percayalah 1 hari nt anda akan ketawa sorg2 mengenangkan masa lampau anda yg tension ni.hidup ni kita hanya perlu ikut arus keadaan yg ditetapkan..just follow the path..until the end of our life.
belajar ape yg kita xsuka,adalah benda yg paling hebat pernah kita lakukan.good luck study.

durrah said...

huhu.. fighting.. doakan kita for next final.. pergh.. kena hafal pulak process kimia yang memang tak terbayang dek akal fikiran. yana boleh buat puya lah. jgn tension. :)

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign