Tuesday 13 March 2012

Menyelit Kejap

Harini jumpa sangat ramai orang baik. Allah Allah. Kau rahmatilah mereka.


Pagi2 masa nak pergi kuliah naik tremco (van kecik yang selalu kteorang naik pergi mana2 kat mesir ni), ada sorang pakcik tua ni tolong kami cakapkan dekat pakcik tremco suruh hantar kami ke kuliah. Sebab mula2 tremco tu nak pergi tempat laen sebenarnya. Siap gaduh2 dengan pakcik tremco tu demi kiteorg. Hehe rasa macam ayah2 je. Mekaseh ammu.

Petang masa nak ke kelas, tengah letih letih dengan kak jaja tunggu bas, tetibe ada org tegur dari belakang. 'Dokter, nak ke mana tu?' Saya tak buat muka kesian pun, tapi dengan baik hatinya dorang tumpang kan pergi kelas dekat ARMA. Bukan nye dekat. Zahmah (jam) pulak tuu. Mekaseh ust sbb hantar kteorang hehe. Masa dalam kereta otw ke kelas, borak2 dengan ust tu, dia nak balik malaysia dah. Ni tahun last. Sedih oh. Tapi saya doakan moga ust najah tahun ni, dapat pulang ke tanah air n pangkuan keluarga ameeen.

Balik daripada kelas, ada sorg pakcik tremco ni ambik kteorg. Tua pakcik nya. Macam ayah2. Sungguh2 bagi no tel dia kat kami suh contact dia kalau nak pergi atau balik kelas. Kalau nak ikutkan. takdelah banyak pun dapat. Sekali balik, dapat dalam LE20 camtu. Tapi rezeki pakcik halal pakcik. Terharu tengok kesungguhan pakcik. Yang kteorang ni, LE20 tu macam apalah sangat. Sekelip mata je boleh habis. Allah.

Owh cite lain plak, semalam masa kelas, abang hafiz tanya satu soalan.
'Which one is better, shisha or smoking'. And jawapan nye ialah NEITHER.'
Dua dua pun tak elok sebenarnya. , walaubagaimana pun, shisha is worse sbb dia takde penapis mcm rokok. And dia boleh affect both upper n lower respiratory system lagi teruk tau. Bak kata abg hafiz, nasib baik la tong shisha tu besar. Takde la orang senang nak bawak pergi mana2 n ber shisha di mana2.

Pape pun, dua dua sangat la tak elok pun. Jadi. Tolongla sayangi diri anda. MAMNUK TADKHIN. Jangan MEROKOK. No SMOKING please. Sejak belajar patho ni makin gerun plak rasanya. The fact is, the most common cause of respiratory diseases is smoking termasuk lah kanser etc etc. Saya tak kata org merokok ni jahat~ Tapi. kalau boleh, takyah rokok ekk :) Kesian kat paru-paru, kat jantung, kat sistem permakanan n satu badan kita lah.

Owh lagi satu, hari tu abg hafiz ada ajar macam mana nak tau anak kita atau sesiapa merokok selepas 21 hari. Tanpe bau rokok atau kesan2 lain. Senang je cara nya. Kalau nak tau, saya boleh je buat demostrasi free~ Hehe. PM je saya okeey :P

Owh okey la kejap lagi kuliah. Harap2 jumpa orang baik baik lagi harini :) Hari pun jadi baik jeeee amin.

Ya Allah, kau jauhilah keluarga ku, adik2 ku, rakan2 ku, ikhwah serta akhwat yang aku sayang daripada perbuatan MEROKOK ini. Ameen~

Sunday 11 March 2012

Ubat rindu Ubat sakit

Assif jiddan sebab dah lama tak update belog. Sekarang ni sedang mengharungi hari-hari yang agak busy. Weekend pun dah tak macam weekend. Dah takde istilah cuti sekarang. Setiap hari ada kelas, dari pagi sampai ke malam. Awal-awal pagi lagi dah keluar rumah, ayam pun tak bangun lagi kiteorang dah meredah pergi ke kuliah. Malam letih ohh sampai umah terus tidur. 

Hmmm macam tu lah kehidupan seharian sekarang. Ini lah pengorbanan namanye kan. Hari ni pun berpeluang nak update blog sbb saya tak ke kuliah harini kerana kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan. Tak ceria nampak blog ni. Sama la macam tuan dia sekarang yang tak berapa nak ceria dah sekarang ~

Sebenarnya ni tengah sebok2 mencari maklumat daripada WHO ( World Health Organization) untuk assignment tentang breast tumor aka kanser payu dara, tetiba tergerak pulak tangan ni nak menaip sesuatu.

Ate sebenarnye, teman nak ceghita ni (pandai2 je nak guna loghat2 ni), semalam saya dapat bungkusan dari Malaysia. Ya Allah memang teruja terharunyee terus bukak bungkusan tu. Memang kalau dah namanya mak kan, sentiasa memahami kehendak & kesukaan anak-anaknya. Terima kasih mak ayah sebab kirimkan makanan-makanan dari malaysia, rinduuuu sangat. Rendang daging, rendang pucuk ubi dan yang paling penting skali tart nenas kegemaranku~

Mak sangat memahami T__T Kalau musim raya, tak kira lah rumah sendiri ke atau rumah yang saya pergi raya, mesti kuih tart nenas punya balang selalu kosong, saya lah tu yang kerjakan.

Mak ayah, bungkusan daripada mak n ayah buat kaklong makin sihat :')
Mak ayah jangan risau-risau lagi yee.
Kat sini ahli beyt jaga kaklong mcm mak ayah jaga kaklong, Alhamdulillah.
Ternyata ni bukan sakit biasa, tapi sakit sebab rindu kat keluarga sebenarnya :(
Doakan kaklong cepat sembuh.
Sekarang ni dah macam banyak ketinggalan tapi insyaAllah nak cuba catch up sikit2 okey. 

So kesimpulannya, jagelah kesihatan. Sekarang ni perubahan musim nak masuk ke musim panas. Semoga Allah bagi kekuatan untuk menghadapi hari-hari yg mendatang di Mesir. Takpe.. Allah nk uji sikit. Semoge dengan kesakitan ini dapat lebih mendektkan diri ini denganNya..


~Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah, yang dpt menggembirakan emak dan ayah..

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign