Saturday, 13 November 2010

Memilih Untuk Menjadi Nabi Musa atau Firaun

Selain sibuk mengutip ilmu perubatan, rakan-rakan masing-masing berlumba-lumba untuk mencari mutiara disebalik butiran pasir di bumi mesir ini. Kadang-kadang aku cemburu dengan rakan-rakan yang sentiasa istiqamah di atas jalan yang dipilih.

Ramai di antara mereka yang telah berubah. Alhamdulillah. Semoga ianya berkekalan. Bukan mudah mencari sesuatu yang kekal. Once kita dah jumpa, genggamlah seerat-eratnya. Jangan sesekali biarkan ia terlepas.

Aku cemburu dengan kekuatan mereka. Sedangkan aku sendiri, mahu berubah tapi masih bergelut dengan nafsu dan syaitan. Seperti tiada kekuatan, aku berasa sangat lemah. Biarpun hati teringin sangat-sangat untuk menjadi seperti mereka.

Tapi kadang2 pada satu tahap, tiba-tiba akan rasa down gila n hilang semangat. Dan perasaan yang tak terkawal serta hilang arah secara tiba-tiba. Bukan hilang semangat dari segi belajar je. Bahkan dari segi untuk membuat sesuatu kebaikan. Atau nak jadi someone yang 'baik'.


Dan itu yang sedang aku rasakan sekarang ni.
But they say, life is a learning process.
Sometimes we feel as if we are on the top of the world.
But sometimes, tengah semangat2, 
Tiba-tiba jiwa termasuk dalam self-destructive mood.
Dan kadang2, bila rasa down tu, 
Kita tend untuk punish diri kita for watsoeva.
Well, sebenarnya bukan salah kita dan kita tak mintak pun.
Jangan pernah blame diri sendiri disebabkan rasa down tu.
Kadang2 kita lupa.
Kadang2 kita leka.
Tapi sebenarnya, bila kita rasa down ni lah,
Mungkin ia adalah waktu untuk cuba dekatkan diri dengan Allah
Setelah kita leka.
Mungkin juga, masa semangat2 buat sesuatu dulu, 
Kita lupa hubungan kita dengan Allah.
Even benda yang kita lakukan tu adalah satu kebaikan.
Tapi bila perkara tu dah selalu kita buat,
Perkara tersebut akan jadi macam rutin harian, 
Dan mungkin niat kita terlari sedikit.
Sebab tu setiap kali sebelum memulakan segala sesuatu, 
Tajdid kan niat.
La takhaf wala tahzan, innallaha ma'ana :)



Seketika aku mohon sesungguhnya, moga dipermudahkan urusan duniaku supaya dapat menumpukan diri pada urusan akhirat.

Aku harap kehadiran insan yang tersayang tidak lama lagi dapat mengembalikan sedikit sebanyak semangat aku kembali. 20-29 nov ♥

Sunday, 17 October 2010

☺Jangan Tension

There's nothing on the net. The phone has been so quiet for the whole time. Sunyi dari sms, call. Nothing. Rindunya :( The only thing yang ada - flashes of the memories in front of my eyes, the sweet things. I cant believe my family and I were having good times last couple weeks. But now, gaah. Hidup ni memang memerlukan banyak pengorbanan. 

Hari ini tak mungkin lagi seperti semalam. Aku punya tanggungjawab. And to be this far from my loved ones, my family - this is jihad. And it needs sacrifices. Rarely update konon-konon stadi walhal layan movies tahap tak ingat. Memang lumrah bila dicampak jauh beribu batu dari tanah air, maka cerita-cerita melayu lah pengubat homesick. Tapi macamlah tengok cerita melayu je. Bukan ke habis semuanya dibalun? Tak juga.

Sebenarnya esok, quite a disastrous day bagi aku, aku rasa. Dukturah memang garang majnun takpayah cakap. Rasa memang tak dapat nak ditolerate lagi transitional epithelium of urinary bladder neh waktu lecture dengan dukturah ni takut punya pasal. Memang tachycarida habis. Silap haribulan, kalau severe sympathetic stimulation, boleh pause jantung aku ni. 'No smiling during lecture. Only after lecture. Perhaps smiling partially in the lab', katanya.

Tapi yang peliknya, segarang mana pun dukturah tersebut, penyakit ngantuk dalam kuliah memang takpernah nak faham. Serious, kita tak pernah mintak kann. Ngantuk tu sendiri yang menjemput ketika dalam kuliah kann. Nak buat macam mana. TERtidur kot. Bukan sengaja. Sekurang-kurangnya barokah tu ada sebab datang kuliah daripada tidur kat rumah. Tapi jangan kau datang kuliah niat tidur sebab ada aircond daripada duk umah panas gilo, memang barokah head brain kau ah. agagaga =P

Dan setiap kali lecture beliau jugak, memang kena prepare awal awal. Branch CNS untuk histo memang banyak gila, dahla banyak nama pelik, nama stok nak gah takbley blah nak mampus. Substantia gelatinosa of rolandi (nama macam nama pelakon hollywood boley) , and ada jugak nama stok nak panjang panjang takbley blah jugak- hypothalamohypophyseal tract. Kalau nak bagi nama anak dengan nama neurotransmitter iaitu noradrenaline pun boleh.

And belajar jugak memerlukan kreativiti. Dan memerlukan banyak penggunaan imaginasi. Sedangkan cell pun cannot be seen thru naked eyes, ni kan nak kaji banyak gila metabolic process dalam mitochondria yang lebih kecik daripada cell tu sendiri. And ada pulak pengiraan ATP dalam tu. Hebatnya ciptaan Allah.

I think my book needs me back now. Kalau rasa macam nak gila dah study, benti lah. Tak masuk punya kalau kau paksa. Boleh cuba gila-gila dengan kawan-kawan untuk hilangkan gila sebab belajar. Tapi lebih baik kau pergi bukak quran dan baca. Fuiyoh, bunyi macam baik je rasa. Takde ah, jangan ingat benda baik, budak baik je boleh buat. Tak. Kau pun boleh. Percaya ah.

Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla..

Sunday, 10 October 2010

☺Its been a long day


Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini..
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira
di AKHIRAT sana..

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign