Thursday, 7 October 2010

☺Setadi Setadi

Assalamualaikum, salam satu Malaysia. CECEH tajuk post nak gempak, bajet kaki setadi nerdie lah kau yana. Haha, jangan terpedaya weh. Ni cuma kata-kata semangat sebelum mula post apa-apa. Oh ya! Selamat hari Merdeka. Cuti yay cuti. Mesir merdeka. Kau cuti jangan tau cuti je yeh.

Anak-anak. Ini cuti sempena Sittah Oktober, tarikh dimana Anwar Sadat dibunuh. Wow, cukup fuiyoh bagi YANA untuk mengetahui perkara sebegini. Haha. Anyway, cukup la kalau korang tau yang hari ni, 6 October, merupakan kemenangan angkatan bersenjata Mesir atas Israel dalam pembebasan Sinai. And btw, 6 October juga merupakan hari lahir adik kesayangan ku :D NUR AWATIF MOHAMAD RUSHDAN. Selamat Hari Lahir Kakngah. Belajar rajin-rajin, jangan hampakan harapan mak ayah. PSPM ni buat betul2. IMY anddd ILYSM sis :(

Miss My Girlfriends and My SuperGirlfriend; MAK <3. And Happy Birthday kakngah yang tudung pink kat tengah2 tue.

Banyak subj dah masuk chapter 2. But still, I am very playful. I hardly sit well in lecture hall. Salu ngantuk dalam class. Bila ngantuk mula lah online. Grr, mushkuwais yana. Huhu. Tapi at the end of the class, I'll make sure yang aku dapat notes untuk apa yang dipelajari that day and I think aku kena salu spend time jumpa dukturah after the class which I rarely do this here. Kalau kat matrik dulu boleh kata salu jugak pergi unit jumpa lecturer. How I really miss those moments in matrik :(

Kat bilik, aku jarang sangat study pun memalam. Aku rather tengok movie, baca buku selain buku kuliah. Boleh? Orang tido, aku pun tido. Tambah2 nak winter ni, malam gila panjang ok. And I shud MUST change my way of study. Tapi recently, aku bangun awal, before subuh around 2 or 3am disebabkan jetlag masih lagi bermaharajalela dalam diri. Dah seminggu sampai mesir tapi T_T. But that's the time bila aku start buka balik nota, go through them all, add some notes, updating them etc. Kesedaran. That's all I need. My Aim. My future. 

Current Mood :

Syahadah Gadis Ateis

VS.

Central Nervous System.


Haha. Thanks Fnaa for the precious book. Taktau cakap pe, terkedu time fna bagi. Sekejap je kita jumpa hari tu, tapi tau tak betapa gembiranya yana bila dapat jumpa fna, peluk fna. Aaaa, macam dah setahun tak jumpa kekasih. But seriously, seronok sangat dapat lepas rindu jumpa wpun sekejap. Tak apa, lepas ni boleh jumpa lagi, setadi sesama. And btw, wow fana duduk depan sekali dalam lecture hall. Reserve kan my place sekali yeh? Hehe :) Sorry sebab takde bawak pape pun untuk fna. But the book, I really love it. Many thanks. ILY study partnerr <3

Tuesday, 5 October 2010

☺PMS

Insane. Crazy. Lunatic. Majnun.
Semua ada.

Ley? Why? Kenapa?
Belum sampai seminggu duk mesir dah ada test.
Tak pernah disentuh dek yana pulak buku tu :D 
Ish ish. Mushkuwais yana.
Azam baru kali ni kalau balik malaysia; 
Kena balik mesir balik before kuliah start.
Nak menyesal balik lambat pun tak guna. WAA.

Serius tak boleh masuk sikalang. Maaf encik physiology.
I prefer to read this right now KLIK SINI *Oh girls btw, HEH
Especially those who are in the PMS mood 
(Perempuan Mengamuk Sakan).
FYI, tadi belajar tentang hormone.
Jadi terfikir untuk share, it's not that I'm the one yg tengah PMS.
Tapi sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap nasib kaumnya.
NGAHAHA. Comel je entri dia:DD

Oh dan lagisatu, sesiapa yang mempunyai masalah yang sama seperti dalam entri, cubalah pati halia yusmira. Jadi sesiapa yang nak balik mesir, sila bawak stok banyak banyak. Maksud yana, perempuan la oi. Tak kan kau yang laki nak juga, kot kot hadiah untuk si dia. Aduh terlebih romantic pulak.

Oh oh ya, btw entri 23 sept :P
Anonymous; 
‘Bagitahu nama teman la senang sume satu dunia bole taw’ .
Haha saya tau anonymous ni siapa.
Baik baik. Saya rindu mereka mereka ini.

teman 1 teha, tengok langit memalam dcni ni tingat awak =(
teman 2 siti Fatimah ili omar ;D bedmate forever <3
teman 3 Fna ishak chubby, my future study partner,
teman 4 fakhrul razi =) perasaan terharu tak hilang lagi :D
teman 5 durraaaah cik tipikal, saya rindu awak.
teman 6 ustad nawap, balik mosir cepat! lbat sgt bulan 11. sunyi umah nogori.

Kepada mr. anonymous. maaf, tambahan. Teman 7, thanks untuk chocs n scarf yang awak bagi kat airport hari tu :D saya simpan sampai sekarang dan sampai bilabila, akan saya gunakan during this winter! :D Thanks a lot. Hee

KEHKEH, maaf, ini bahasa ammi.
ley : kenapa
mushkuwais : tak bagus
ammu : pacik
majnun : gila

Haha, sehari belajar bahasa arab okeh, dah lama tak balik mesir, nak cakap dengan ammu tremco (dua; ithnin) pon cam blurr. Sebab tu berjaya ditipu oleh ammu sotong sampai 25 geneh sekilo. Rasa macam ayam je T_T

Hehe. Okay laa, terpaksa pergi. Babai. Tata, ada talaqqi kitab dengan Syeikh Asyraff sebenarnya sekarang heheee. And malam ni dah kena start baca Central Nervous System untuk test besok pulakk. Kawan-kawan, la tansani fi duaika/ki. Jangan lupa saya ya dalam doa kamu. Supaya dapat jawab test esok dengan tenang. InsyaAllah. See ya :D. Salam.

Saturday, 2 October 2010

☺Egypt 1

Assalamualaikum wbt dan salam satu melesia.
Heeeloo ppl yang berada di malaysia mahupun di mesir. hehhehee
Quick update sebelum pergi kuliah. Ohya ya hari ni saya ada date dengan Mr. Histology dan Mr. Tafsir :D jam 10 pagi mesir. 

Malam tadi dapat makan kfc weh. Sebab ada program kat ARMA. Ada Ustz Asri dan ramai lagi, hahaa menyimpang tajuk. Saya tau. Cuma nak bagitau gak, bukan senang I dapat makan kfc kat sini taw? haha PERIOD

Anyway, tak dapat salu update disebabkan wireless curi unsecured neh tak berapa bagus line dia. Akan tetapi, terima kasih ye kepada baba atau mana-mana ammu yang network beliau bernama ***s*.

Kepada mak ayah jangan risau, saya kat sini baik-baik sahaja. Seronok dapat breakfast ikan sardin melesia. Rasa cam kat melesia bhai!:D

Oh ere. Act before balik egypt memang excited nak balik sebab satu reason je - Sebab dapat naik flight. Jakun en? Tau tu. Kenapa best naik flight? Sebab seumur hidup berapa kali je dapat naik flight. Sebab dapat makan best. Sebab ada stewerdess yang segak segak wink. Sebab dapat tengok cite best weh - karate kid, house, csi, hindi etc. Tak terasa sakit punn duk lelama. Hehee.

And dalam fikiran, part otw balik tu je yang best. Bila sampai egypt yang kaler coklat instead malaysia yang kaler hijau nanti, mesti bosan bila sampai egypt. Macam - taknakkk!

Tapi bila sampai sini. Speechless :D Ada banyak sebab kenapa dah mula rasa sayang kat mesir.
Ahhh, feeling pulak.

Okay sekarang ahli bait saya kt sini ada 7 orang semuanya termasuk saya. Kelebihan ada housemet 7 orang ni ialah, dapat masak satu hari sorang dalam seminggu. Cukup2. Takde berebut rebut. Kehkeh x)

Kak Humaira (tahun 2 syariah)
Kakak bilik saya, sekepala je kami. Kak maira ni kecik je orang nya. Suara dah lah macam siti. thehee tapi kak maira mengaji sedap. Saya suka dengar kak maira mengaji. Kadang-kadang saya cuba tiru dia tapi tak dapat, hihi :P

Kak Rehan (tahun 2 lughah)
Seorang yang sangatt lemah lembut. Ketua rumah kami ! :) Kak rehan sangat baik baik baik! Suka akak.

Kak Limah (tahun 3 usuluddin)
Kalau akak baca belog ni, sila lahh balik sini cepat! :D hahaha

Kak zimah (tahun 3 syariah)
Ini pun sama bercuti lelama kat melesia tak balik balik lagi neh. Kak zimah, balik laaa, saya nak kirim bahulu ni. Btw, saya kagum dgn kak zimah. Tahniah sebab result yang best :D Akak memang rajin. Selalu tak tido malam. Balik2 exam nangis kata tak dapat jawab. Padahal result. Peeergh. Respect akak :D

Saya (tahun 2 perubatan)
Apa-apa jelah haha

Rozie (tahun 1 usuluddin)
Baru kenal neh, sebab baru datang. Kami sebaya ok. Selamat berkenalan :D Heh

Muniratul (tahun 1 lughah)
Kawan baru jugak. Kelakar dak neh. HAHA. Nnt kita kenal lebih rapat lagi ek. ekeke.

Kenapa en nak kenalkan ahli bait? heh gila. Abaikan. Anyhoo, saya sayang sume akak2 saya, akak2 memang terbaikkkk :D Semoga kita dapat jadi sebuah usrah yang diberkati.

Kawan2, doakan saya untuk tahun 2 ni. doakan kita sama-sama dapat mencapai mumtaz dunia dan akhirat. Amiin. Uh okaay then gtg! Mr. Histology dah tungggu weeh. Jap jap, toodles ppl! Salaam :D

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign