Friday 7 January 2011

☺5 Perkara

Barangsiapa yang ingin mudah menghafal ilmu, maka hendaklah menjaga 5 perkara :

1-Sembahyang malam walaupun 2 rakaat.
2-Sentiasa dalam keadaan berwudhu’.
3-Niat makan kerana taqwa (bersyukur dan tidak berlebih-lebihan)
4-Bertakwa kepada Allah.
5-Selalu bersiwak.


Monday 3 January 2011

☺Fatrah Imtihan aka Exam Fever

Alhamdulillah :)

Salam tahun baru! Woahh, diri sendiri tak sangka dapat hidup hampir dua dekad. Walaupun dah masuk 3hb, tapi nak ambil kesempatan untuk ucap selamat melangkah ke tahun baru 2011. Moga-moga tahun yang sebelum ni menjadi pengajaran dan muhasabah untuk kita menjadi yang lebih baik dan yang terbaik pada tahun ini :D

Tahun baru yang kunjung tiba juga menyambut kehadiran musim peperiksaan yang bakal berlangsung. Selamat bermujahadah buat mahasiswa dan mahasiswi mesir baik pengajian islam, perubatan mahupun pergigian yang bakal menempuh medan imtihan Fasa Satu tak lama lagi. Fightin2!

Dalam fatrah peperiksaan ini, masing-masing sedang berhempas-pulas mentelaah madah yang akan diambil bagi mengharungi peperiksaan yang kian menjelma. InsyaAllah, Allah akan mengurniakan ganjaran hasil dari segala usaha dan penat-lelah kita. Serahkan apa yang kita ikhtiar kepada Allah Taala, kejayaan itu milik Allah. Yakinlah, Allah melihat kepada usaha kita.

Jangan kalut dan nervous. Stay calm, jangan lupa baca surah Asy Syarh bagi melapangkan hati kita. Anddd, tak lupa juga, jagalah hubungan kita sesama Allah dan sesama makhluk Nya sebab, dalam fatrah peperiksaan, kadang-kadang ada je yang kita terlepas pandang. Jagalah hati ahli bait masing2 dan jangan sesekali buat perkara yang boleh buat dorang terasa. Jaga ukhwah sesama kita. Jangan pulak asyik je stadi sampai lupa tanggungjawab kita dengan ahli bait contohnya memasak ke dan sebagainya.

Anyhoo, sentiasa tajdid niat kita balik. Belajar bukan hanya untuk peperiksaan. Belajar untuk manfaat diri keluarga dan islam. 

Kita dah belajar sejauh ni, tinggalkan family, keseronokan dan segala kemudahan yang kita ada kat rumah semata-mata untuk mengejar cita-cita, dan ini adalah satu jihad dan pengorbanan! 

Memang, sesuatu yang manis itu memerlukan pengorbanan.  KEJAYAAN dunia dan akhirat.

Stay fokus ! Jom kita tinggalkan kejap movie2, chatting2 dan tumpukan pada study :D

Jadual Imtihan Ahli Bait 5A

Di kesempatan ini, saya pohon agar kalian mendoakan saya dan rakan2 serta ahli bait agar Allah permudahkan segala urusan dan mengurniakan apa yang terbaik buat kami. Kami amat memerlukan doa daripada antum semua. HEHE Jzkk 

p/s: tarikh imtihan saya 16, 19, 23 dan 26 Januari. Doakan :D

Selamat Menghadapi Imtihan
Bittaufiq Wannajah
Usaha,Doa,Tawakkal. InsyaAllah Najah.
MUMTAZ amin

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign