Monday 6 February 2012

I accept your apology :')

Jangan kerana cinta kita gugur. Jangan kerana cinta, prinsip akan menjadi larut cair. 


Cinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik kepada percintaan. Bahkan ditaqdir Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurgawi ilahi – tempat pertama melahirkan cinta. 


Kesetiaanlah yang mengikat cinta. kecurangan akan meranapkan cinta. Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus di kekalkan.


-khutbah Tuan Guru Nik Aziz


"Apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya." =) Allahu Allah T_____T

Betul ke ni?

Err. Betul ke ni?
Macam tak percaya je! Malam semalam baru buat keputusan, malam ni dah nak packing barang sume.
Fuhh. Dasat. Padahal baru je pergi haritu. hee Alhamdulillah ada rezeki ke sana lagi.
weeee tak sabarnye. Ayohh persiapkan mental dan fizikal untuk menawan jabal Tursina buat kali yang ke 2!


*hmm lagi satu yang mcm tak boleh percaya lagi tentang kejadian yang berlaku kat maarod ( Pesta Buku Kaherah ) semalam. ( Dah kali ke 2 pergi maarod ni heh ) Betullah, makin kita nak elak, makin tu lah kita boleh jumpa dalam keadaan yang tak sangka-sangka. Takpernah tahu pun dia ada kat kaherah. Tulah gatal sangat lama tak contact. wee wee. Dunia ni kecik je. kann.

Ok lahhh Off to SINAI. =) =)

Friday 3 February 2012

Pesta Buku Cairo

Baru-baru ni winter holiday kami telah diserikan dengan percutian yang menarik, iaitu percutian ke maarod kutub (Pesta Buku Antarabangsa ) Kaherah. Hehe. Tak jauh, tak memerlukan tambang yang mahal, hanya LE8 sahaja dengan menaiki teksi ( lebih kurang RM4 ) cengggg

Kali terakhir aku menjejak kaki ke maarod kutub ni masa tahun 2010. Tahun lepas tak dapat pun pergi maarod disebabkan peristiwa rusuhan yang berlaku di Mesir yang terpaksa membawa kami rakyat Malaysia pulang ke Malaysia melalui Ops Piramid.

Apa yang menarik kat maarod buku ini apa lagi kalau bukan BUKU. Pengalaman ke maarod ni memang cukup menarik sebab banyak kitab-kitab atau bahan ilmiah yang diingini diperolehi dengan mudah. Macam-macam jenis kitab adaaaa. Heaven woh. Tak kiralah buku medic ke, buku agama ke, buku cerita ke, semua ada.



Maarod kutub ni memang tersangat lah luas dan besar. Kalau nak pergi, mesti ada solah-solah yang perlu difokus. Tak dan nak round satu maarod tu dalam masa sehari. Sebab tu paling kurang pon kebanyakan mereka yang duduk sekitar kaherah ni akan pergi sampai dua tiga kali. Hari pertama survey-survey dulu patu hari lain pulak memborong kitab-kitab yang dah disenaraikan.



Kat maarod ni sebenarnya, majoriti buku-buku dia dalam bahasa arab. Memang syurga buku. Memang syurga ilmu. Sayangnya syurga itu tak ada kuncinya. Bahasa Arab.. Rasa nak melutut kat situ sebab terasa amat-amat rugi. Dah hampir tiga tahun aku duduk di mesir ni. Tapi entah bila lagi baru boleh pandai cakap arab macam air, bila lagi baru boleh baca kitab arab macam komik. :(

Dan dengan ini, aku mengisytiharkan perbelanjaanku yang melebihi LE 600 dalam masa sehari menjejak kaki ke maarod kutub ni T_____T


Apa pun, aku perlu lebih fokus pada buku di bawah pada waktu cuti ni hehe. Bukak je kuliah awal Feb ni, bakal menyusul exam hadis pulak. Alhamdulillah, dengan ada nya exam hadis lepas cuti ni, ternyata cuti winter kali ni bukan lah sekadar cuti yang sia-sia. huhu. Dan nak masuk fasa dua ni barulah terhegeh-hegeh nak hafal Al-Quran sedangkan orang lain dah jauh dah. Memang kesilapan tak mula hafal dari awal dulu lagi. Allah.


Sebab tu kot memang tak ada mood nak pergi berjalan mana cuti ni. Semoga cuti yang selama dua minggu ni aku dapat fokus lebih untuk mempersiapkan diri untuk fasa 2 ini. Harap2 lah akan ada azam untuk berubah lebih baik lepas cuti ni.

Semoga perjalananku tidak terhenti sebagaimana terhentinya entry ini dengan noktah. InsyaAllah. May your holidays be a such 'Happy Ending' and good luck for your next journey towards excellence.  Dan kepada sesiapa yang belum menjejakkan kaki ke maarod kutub ni, apa tunggu lagii. Jangan lepaskan peluang berharga di bumi kinanah ni ye :)

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign