Tuesday 29 November 2011

Warna Warna Kehidupan


Bismilllahirrahmanirrahim.

sorry ayat tak tersusun, rasa mcm takbest sebab dah lama tak menulis sebenarnya, blog pun dah lama tinggal. maaff.



quote kat atas simpan makna yang mendalam kot. hidup ni tak selalunya indah kan?  

walaupun some ppl say, Life Is Beautiful. betull, Allah sebenarnya dah susun cantik dah aturan Dia. memang la yg semua Allah tentukan tu, semua ada hikmah! bagi lah apa apa halangan pun, if satu dunia berkumpul untuk gagalkan Allah punya plan tu pun, tak jadi jugak.

tapi, nama pun kehidupan, kadang2 kita kat atas, kadang2 kita kat bawah. kita tau life can never be as perfect as we can imagine. bukan semua kita nak, kita akan dapat. siapa yang mintak masalah datang dalam hidup dia pulak kan.

kadang2, ada perkara yang kita rasa macam nak skip jee dari hidup kita, but of course we cant, sbb kehidupan adalah perkara yang kita kene go through. whether we want it, or not. we love it, or we hate it. mana ada remote control dalam hidup ni yang boleh nak di rewind atau fast forward kan,  kalau boleh, aku pun nak cepat2 habiskan belajar ni, balik Malaysiaa jugakk.. 

yup, sesungguhnya kita hidup memang untuk di uji.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-Ankabut : 2)

pernah je kan tiba2 takde angin takde ribut, tengah study2 tetbe rasa down sangat2. nak kata hormone sbb period ke, tak pulak. tulah, sebenarnya mungkin Allah bagi kita rasa down sbb sbb Allah nak suruh kita dekat diri dengan Dia, lepas kita leka2 sume. sibuk sangat study sampai lupa hubungan kita dengan Dia. waktu macam tu la baru tersedar, n terdetik kat hati kita, Allah.... kita pun tak sedar yang kita sebenarnya hanyut mengejar dunia. tapi waktu ‘hanyut’ macam tu pun, hati masih mahukan perkara-perkara kebaikan dan cepat2 istighfar. masih lagi tahu rindukan Allah. itu lah yg dikatakan fitrah hati yang azalinya yang mencintakan ketenangan.  ~Hati akan tenang dengan mengingati Allah. (^__^)

percayalah, ujian, masalah sume tu merupakan satu wadah untuk mencorakkan kehidupan kita.

Fainnama'al usri yusra, Inna ma'al usri yusra.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesuatu kesulitan itu ada kemudahan.’ (Al-Insyirah : 5 – 6)

tengok. ayat yang sama diulang 2 kali. Allah telah menjanjikan. pasti ada habuan yang lebih indah selepas berusaha. kalau tidak di dunia, mungkin di akhirat? InsyaAllah =)

ya Rabb, terima kasih untuk pengalaman dalam kehidupan yg banyak mengajar. Saje je sebenarnya menulis dengan semangat bermulanya tahun baru 1433 Hijrah. 

Credits dan thanks dekat kawan2 serta kakak2 yg mengajar erti ukhuwah yg sebenar n menjadi antara terbaik in being a good muslim.

Doakan agar kita sentiasa istiqamah pada jalanNya n semoga kalian selamat segalanya serta bertambah-tambah cinta padaNya :) Allahumma ameeen <3

Thursday 17 March 2011

This is it.


Susah kan, bila kita nak yg terbaik utk diri kita.
Tapi dalam masa yg sama, tknak jadi seseorg yang pentingkan diri.

Hmm. Biarkan. Mendoakan mereka, yea tu lebih baik.

Manusia berubah mengikut masa, keadaan dan tempat.
Em, tulahh salah satu perkara yg ditakutkan.
Bila dah manage untuk menyesuaikan diri dalam comfort-zone.
Semoga terus istiqamah ;)
Dan harap mendapat lebih ketenangan di sana.

Manusia akan merasai nikmat bila dia hilang nikmat tu kan.

Kadang kadang ingat balik apa yang kita dah buat dulu, and macam mana nak memperbaiki perkara tersebut untuk masa depan supaya jadi lebih baik. 

Harapan membuatkan kita terus berjalan. Tapi berharap pun kadang2 buat kita risau. Bukan senang nak balance kan dua2. Kalau salah satu terlalu berat, boleh buat kita hilang pertimbangan and vice versa.

Life. Its hard, really. But I'm happy.

Alhamdulillah :)

Monday 14 March 2011

Kebenaran

Sekarang masing masing sibuk cakap pasal balik lahh. Huu. Dah taknak menghitung hari sebab sikit sangat, jadi sekarang mula menghitung menggunakan jam. Sebab banyak sikit, baru terasa lama laah. Setiap jam amat berhargaaa.=( A part of me is ready to go back to egypt. To score my goals and bawa balik segulung ijazah. It will come to end, liyana. 5 tahun tu tak lamaaa :) 

Sepanjang kat Malaysia ni, banyak aku dah belajar dan banyak perkara yang membuka mata ni. Ye, kat dunia ni, bukan semuanya kita boleh tentukan. Takleh lah nak tu dapat, nak ni dapat. Kan ke kita hanya bole merancang, and eveything is up to Him. Tak semestinya sume perkara boleh dibaiki jadi macam dulu balik and tak semua luka akan pulih SE-PE-NUH-NYA. At least, akan ada jugak kesan yang tinggal, and parut tersebut menjadi kenangan yang akan menghantui diri. -___-

Semua ni lahh yang memaksa diri kita berfikir and belajar untuk menerima. After all, takde sorang pun dari kita yang sempurna. And setiap orang pasti melakukan kesalahan dan takde sorang pun yang terkecuali. Act, semua ni lahh yang mengajar kita untuk menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing, menerima ketidaksempurnaan seseorang and take something good out of it.:)

Tapi bukan ke elok, kalau dah sedar kekurangan diri tu kan, kenalah ada usaha untuk sentiasa cuba memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Ingat kan teman di sisi supaya tegur lah ye kalau ada salah, andd kita pulakk bila kita ditegur, jangan tetibe nak marah. Jangan malu. Memang tak nafi lah, kadang2 kita ego nak terima sesuatu teguran sebab nafsu masih diperingkat yg paling bawah, tapi didik lah jiwa, supaya sentiasa ada sifat mahmudah dalam diri. Bestnyaa bila hati lembut untuk menerima :) 

Sometimes, kita takut nak tanya sesuatu pada seseorang and simpan je dalam hati. Not because we don't care. Tapi kita takut yang kebenaran tersebut akan melukakan hati kita. However, kebenaran tetap kebenaran. Mesti lebih sakit kalau kita dapat tahu dari orang lain kan. Lebih baik dapat tahu dengan berdepan dan terus terang dan jangan di simpan. Kebenaran memang menyakitkan. Tapi bukan ke simpan tu lebih sakit?:l

Somehow, ada yang lebih sakit, bila kita tak bolehh nak luahkan sesuatu. Ingatlahh, mungkin memang cara masing2 yang nak luah secara umum, tapi mungkin ada sesetengah pihak yang mungkin terasa, dan tak kurang juga boleh menimbulkan fitnah. Maklumlahh, dunia tanpa sepadan, memang nak bagitau satu dunia lahh kan. Melainkan sebagai peringatan dan diselitkan pengajaran untuk diambil iktibar. 

Tapi, ingat, kita sntiasa ada Dia kan? Tak perlu nak pendam dan biar perkara tersebut tersimpan sakit dalam diri. Sebaliknya, bongkar semua yang ada kat fikiran tuu tak kisah sama ada kita tgh marah atau keluh kesah. Dia sukaa sgt bila hambaNya meluahkan sesuatu dan mengadu pada Dia. Bawa ke sejadah. Kat situlah kita akan dapat satu relief, satu-satunya yang benar dan juga ketenangan fikiran. Percayalahh :)

Friday 11 March 2011

WORST IN 20 YEARS Tsunami di Jepun




Sedihnya baca berita pasal tsunami dekat jepun. Sekarang cuaca pun tak menentu and kini dah terjadi tsunami di jepun tak mustahil akan terjadi di negara kita jugak. Semoga dihindari dari segala bencana alam.


Untuk berita penuh, KLIK SINI


Ya Allah,
Laut itu milikmu. Gunung ganang itu juga milikmu. Kami juga milikmu.
Kun fa ya kun katamu maka begegarlah bumi, menjulang la ombak tsunami.
Moga dosa kami diampunkn, moga doa kami disampaikn. 
Lindungi kami dr bencana mu Ya Allah. Ameen

Wednesday 9 March 2011

Short Entry

Dah lebih sebulan ada kat Malaysia. And sekarang dah boleh mula packing2 barang. Alhamdulillah, walaupun sekejap, tapi cuti yang amat bermakna. Terima kasih ya Allah sebab bagi kesempatan untuk bersama keluarga dan rakan-rakan yang dah sekian lama tk jumpaa. 

Serious, tak pernah terfikir dapat balik malaysia free :DD, terima kasih ops piramid, er *politik letak tepi yepp. Dan tak lame lagi nak balik ke bumi ardil kinanah, mesir:') Berat sangat hati nak tinggalkan bumi malaysia. Tapi diri ni sangat merindui mesir dan biah di bumi mesir. I'm really looking forward to go back and study! Doakan ya! But insyaAllah, 4 tahun ++ tak lama kan! :D

Jom jom, rakan-rakan Imtiyaz semua. Semoga Allah thabatkan hati kami dalam menuntut ilmu di jalan Mu :) Em. Kalau ada rezeki, ingat nak rasa raya kat mesir pulak macam mana tahun ni. Suasana Aidilfitri di dataran Asyir, di Perantauan. Tapi mak dah bau2 nya macam suh balik raya malaysia jee hehe. Em. Tengok lah macam mana :P

Allah :') Permudahkanlah kami menuntut ilmu di jalan Mu
Allahumma ameen.. 

p/s: dah mula rindu malaysia. hehe sikit sikit rindu! aishhh. :'(

Friday 7 January 2011

☺5 Perkara

Barangsiapa yang ingin mudah menghafal ilmu, maka hendaklah menjaga 5 perkara :

1-Sembahyang malam walaupun 2 rakaat.
2-Sentiasa dalam keadaan berwudhu’.
3-Niat makan kerana taqwa (bersyukur dan tidak berlebih-lebihan)
4-Bertakwa kepada Allah.
5-Selalu bersiwak.


Monday 3 January 2011

☺Fatrah Imtihan aka Exam Fever

Alhamdulillah :)

Salam tahun baru! Woahh, diri sendiri tak sangka dapat hidup hampir dua dekad. Walaupun dah masuk 3hb, tapi nak ambil kesempatan untuk ucap selamat melangkah ke tahun baru 2011. Moga-moga tahun yang sebelum ni menjadi pengajaran dan muhasabah untuk kita menjadi yang lebih baik dan yang terbaik pada tahun ini :D

Tahun baru yang kunjung tiba juga menyambut kehadiran musim peperiksaan yang bakal berlangsung. Selamat bermujahadah buat mahasiswa dan mahasiswi mesir baik pengajian islam, perubatan mahupun pergigian yang bakal menempuh medan imtihan Fasa Satu tak lama lagi. Fightin2!

Dalam fatrah peperiksaan ini, masing-masing sedang berhempas-pulas mentelaah madah yang akan diambil bagi mengharungi peperiksaan yang kian menjelma. InsyaAllah, Allah akan mengurniakan ganjaran hasil dari segala usaha dan penat-lelah kita. Serahkan apa yang kita ikhtiar kepada Allah Taala, kejayaan itu milik Allah. Yakinlah, Allah melihat kepada usaha kita.

Jangan kalut dan nervous. Stay calm, jangan lupa baca surah Asy Syarh bagi melapangkan hati kita. Anddd, tak lupa juga, jagalah hubungan kita sesama Allah dan sesama makhluk Nya sebab, dalam fatrah peperiksaan, kadang-kadang ada je yang kita terlepas pandang. Jagalah hati ahli bait masing2 dan jangan sesekali buat perkara yang boleh buat dorang terasa. Jaga ukhwah sesama kita. Jangan pulak asyik je stadi sampai lupa tanggungjawab kita dengan ahli bait contohnya memasak ke dan sebagainya.

Anyhoo, sentiasa tajdid niat kita balik. Belajar bukan hanya untuk peperiksaan. Belajar untuk manfaat diri keluarga dan islam. 

Kita dah belajar sejauh ni, tinggalkan family, keseronokan dan segala kemudahan yang kita ada kat rumah semata-mata untuk mengejar cita-cita, dan ini adalah satu jihad dan pengorbanan! 

Memang, sesuatu yang manis itu memerlukan pengorbanan.  KEJAYAAN dunia dan akhirat.

Stay fokus ! Jom kita tinggalkan kejap movie2, chatting2 dan tumpukan pada study :D

Jadual Imtihan Ahli Bait 5A

Di kesempatan ini, saya pohon agar kalian mendoakan saya dan rakan2 serta ahli bait agar Allah permudahkan segala urusan dan mengurniakan apa yang terbaik buat kami. Kami amat memerlukan doa daripada antum semua. HEHE Jzkk 

p/s: tarikh imtihan saya 16, 19, 23 dan 26 Januari. Doakan :D

Selamat Menghadapi Imtihan
Bittaufiq Wannajah
Usaha,Doa,Tawakkal. InsyaAllah Najah.
MUMTAZ amin

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign