Sunday 25 July 2010

☺Medic is An Art

we did this ourselves


comel kan? inilah sel yang menyerupai sel yang terdapat di dalam badan manusia aka animal cell

kalau bijak, cuba tuan hamba teka apakah dia :

1-greenish with yellow in the middle

2-the pink one with triplet microtubules hehe

3-the purple organelle which's the biggest one

4-the green one with red chickenpox hahah

5-the yellow next to the green one. tapi yang ini sihat walafiat without chickenpox haha

cepat2. nanti dapat hadiaah.



Ini pula nama dia incek golgi apparatus. comel kan nama incek ni. haha asek comel je.
aaa nak tahu macam mana buat dia? senang je. amek tanah liat ikut kale kau suka lepas tu penyek dan adun adun dan membentuknya sebegini. then transport vessicle dia tuh korang bole buat pakai baby crystal. haha. sebelum tu rendam dulu baby crystal tuh dalam air. bagi dia gebu. haha akhirnya boleh lah pamirkan. comel kannnnn :)

creds to : fatihah azleen, nur hazira, kamil, mior :) kami bina ini sama-sama.

banyak lagi projek yang kami telah siapkan. will post them later ! hehe tunjuk creativiti.

btw, siapa kata medic takde lifeee?

Friday 23 July 2010

☺Iatrophobia

Salam alaykk :)


Iatrophobia? aa aa? apekah? Mesti korang rasa comel je nama penyakit ni, kan?
Tak pe ah kau tak ckp comel padahal dlm hati
'ape bende nih. menatang phobia ape neh.'
Patu mesti terus google kat mana mana wikipedia. haha kan kan!

Okay okay yanaa, straight to the point =P
IATROPHOBIA. Does this sound familiar?

How about 'Sindrom Kot Putih' atau 'White Coat Syndrome' aka 'White Coat Hypertension' ?

Ha dah pernah dengar? Itulah dia

IATROPHOBIA-Fobia takut untuk berjumpa dengan doktor.

Sindrom ini lah yang menyebabkan orang yang sihat walafiat tubuh badannya tiada sakit apa pun boleh jadi tekanan darah tinggi bila berjumpa dengan orang yang memakai kot putih ini. Tak percaya? Percaya lahhhh weyh.

Cuba ingat balik, pernah tak mak anda membawa anda untuk berjumpa dengan doktor. TIBA TIBA kan..

anda rasa gementar..
berpeluh..
jantung berdegup kencang..
berasa mual..
blood pressure meningkat ..
dan tak kurang juga ada yang menangis..
*haha serious cengeng nak nangis=p belum pape lagi.. amende ah korang ni


HEH wei jangan gelak ye. Sebab ada je yang rasa sindrom ni kelakar. Padahal korang mesti pernah ada sindrom ni. Haa jangan tipu. Takkan laa korang tak pernah rasa seram bila jumpa doktor, lebih lebih lagi bila jumpa dentist. HAHA Mr. Bean pun takut kot.

Selalunya orang yang mengalami sindrom ni bila jumpa orang yang memakai kot putih tu, sampai sampai korang akan rasa adrenaline segera berlari-lari dalam tubuh korang, dan menyebabkan denyut jantung terus increase till max punya tachycardia sampai terbabas dari landasan. Haha lebih buruk lagi, boleh menyebabkan cardiac arrest. Hek mengapakah.ngeee, ops nampak sangat la tipu. Jangan pulak lepas ni tak jumpa jumpa doktor lagi dah. Takde lah sampai cardiac arrest. Haha

Sebab tu aaa kan aku rasa dulu masa kecik kecik pergi klinik selalu dapat gula-gula macam lolipop tu. Doktor kasi sebab taknak kasi kita takut punya pasal. Ceehh pediatrician kena tau ni ye tuan puan. Jangan pulak korang marah bebudak tu bila nangis tengok korang aha salah korang ah tak bagi lolipop.

Till then, kalau korang nak tau lanjut pasal white coat sydrome aka iatrophobia neh boleh la google je. Aku pun rasa cam tergantung je nih tapi nak tau banyak boleh la buat research okay! insyaAllah banyak maklumat yang boleh diperoleh. Jangan duk fesbuk je. Okay. Daa

Sunday 18 July 2010

☺Thankyou


Thanks for making my past few months great. Thanks for being honest to me, thanks for the smiles, advices, jokes, love & memories. Korang memang terbaik. ♥ aaaaaaaaa touching touching plak awww!
Aku dah terima semuanya. What ever happens ill go through it. :D

Berbahagialah kerana sentiasa dilimpahi kasih sayang dari-Nya


*sakit gila gila OH kaki tersepak durian lagi, what theeeeee!


Saturday 17 July 2010

☺ Semangat !


Bismillahirrahmanirrahim.
Firstly, mohon maaf atas segala kekurangan. Aku harap apa yang ada pada blog ni adalah yg terbaik yg aku bole kasi and I hope that I can get to put my best, but still, aku kena banyak belajar. Masih sering terjatuh. Tapi insyaAllah kita cuba utk bangun balik, untuk berusaha n terus berusaha menjadi lebih baik.

Sekarang pun, rasa mcm dah hilang semangat sikit. Bercampur baur perasaan. Enta lar lately asek rasa vulnerable gila. Yelahh sometimes we're in the good mood n sometimes we're not kan. Tak ada org pun yang dicipta oleh Allah swt without any slight of sadness. Even Rasulullah SAW had been tested with many trials in her journey of spreading Islam

Tapi pada hakikatnya social requirement seseorang manusia, contohnye pendidikan (exam), masa depan (cita-cita), n byk lagi, lebih dominant dalam diri kita instead of our biological requirement yang nak tidur lahh, lapar lah, n macam macam lagi. That's why laa askar-askar yang berjuangg sama ada Lillahi ta'ala atau kerana patriotik, dorang tak peduli dah lapar, dahaga, sakit n rindu kat tengah2 hutan atau medan pertempuran tu.



Jadi pokok pangkalnya kat sini, semangat yana! (Let's start with the 2nd year syllabus!=D) ceh semangat terover dah ni. apa pun, tahun dua nnt azam baru. dah tajdid niat. tak mauu ponteng ponteng lab lagi. saya nk mumtaz. mumtaz menuju ke akhirat, amiiin. *taktau aa ape dah jadi dengan kesinambungan ayat dari atas.

p/s: Ohh btw, maaf untuk entry2 yang lepas, bahasa yang digunakan might be kind of memeningkan & tk menyenangkan, jumble sakan dengan slanga yg menyalahi hukum bahasa Melayu - after all, kaedah ni terpaksa digunakan untuk kamu kamu yang malas membaca ayat yg berstruktur sempurna. yess i know my mum used to be a bahasa Melayu teacher. tapi ni bukan blog mak. ngeee sorry makkk. forgive me, please? =) luv youu



btw, best gilaaaaaaaa en lagu solo ni hahah tetibe.

:)

Thursday 15 July 2010

☺ Mumtaz


Finally, congrats bebudak dentist perempuan for those outstanding results. alhamdulillah=) all those hardworking and sleepless night have finally paid off. especially bekas ahl bait, rai, kakchom, mar, hawa n sume lah bebudak y2g. hee bangga lah dengan korang. dgr cite bebudak cemerlang akan makan dgn menteri kat parlimen, betol ke? haha tak kisah lah tu kan. yang penting, hasil yg kita dapat daripada apa yang kita usahakan selama ni.

For those yg tak dapat mumtaz tu, no worries. lama lagi kat sini. budak dentist lelaki pulak. tak lama lagi. minggu depan, so keep praying. minta pada Allah, never give upp & never lose hope okay. Kalau nak diikutkan, mumtaz dalam imtihan, memang tak ada nilai pun di sisi Allah, tapi akan bernilai if mumtaz ikut cara yang Allah redha :) anyhoo, if we failed pun, eventho kita dah banyak struggle, mungkin Allah cuma nak uji kita, and at least kita mumtaz pada usaha kan? jadi alhamdulillah aku pun bersyukur jugak wpun dalam exam2 malam before tu sempat jek tengok movies sambil makan maggie. :D ish jangan buat lagi.

Apa apa pun, jangan rasa untuk dapat mumtaz tu mustahil. even kita tak yakin pun boleh dapat, tapi target kena tinggi beb! & tak salah bermimpi untuk nak mumtaz sbb once kita impikan perkara tersebut, barulah akan ada usaha yang tinggi untuk kita seretkan mimpi tu menjadi realiti. insyaAllah. next year mumtaz okay no excuses ! :D

ni ler dia bebudak yg rajin tu. datang awal ke class. no wonder la result korang :P tak termasuk yg tudung oren tu ye. lmao
(from left : rai, mar, hawa, kakchom, am & me) . give thanks to Allah , Alhamdulillahh.


Tuesday 13 July 2010

☺ Sorry

Sedih sgt. She's innocent and she's too kind while I'm miles behind. Kenapa yana rosakkannya. Saya harap mereka dpt berbaik semula. Relax yana, it's just a black mark in your book of life. I'm so sorry :( Maafkan yana :P chill ! lets start a new life. For Him that I came, to Him that I'll be returned. And I must live for that.

Sunday 11 July 2010

☺ Handphone hilang :(

Alkisahnya :

Sebelum exam midsem 2010. Hari Selasa. Kira-kira 2 hari before cuti midsem 2 minggu. Best gila. Dah nak cuti :D. Seperti biasa. Hari tu hari sekolahhh. Pergi kuliah cm biasa pagi2.

pagi : Kuliah
petang : Lab Biochemistry

Maklumla. Dekat2 nak cuti. Masing2 dah cam malas2 nak belajar enn. Eh aku je kot. Ramai je yang rajin. Bagus budak-budak tu. Err sorry kalau mak ayah baca ni. Hehe saya telah ponteng lab biochem. wawawa.
Kawan ajak pegy Abas. Best2. Withdraw duit dekat HSBC. Jalan2. Makan2. Huhu aku apelagi. Tak tau la knapa malas sangat nak pegy class en. Ikut je ahh. Gulp. Jahatnya. Sooooo dipendekkan cerita. Phone saya hilang. Dalam sebuah kenderaan awam oke. Kat sini takmau la cerita macam mana hilangnya. Buat sakit hati je :(

Pic kat sebelah ni bukan phone yang hilang tu. uwaa. Takperlu laa bgtau phone apa. Tapi murah je ^^ Murah2 pun, sedih lar. Berderai air mata ni. Haha.
okok tapi tula sbnarnye yang nak bagitau. Phone saya hilangg kat mesir ni. Tak sampai setahun pun guna tauuu, tapi hilang bulan Feb. Bagitau kat parents masa bulan july. hihi :P takut seyyyh. Itu pon mesej je kat mak. Tak berani kot nak call. Skype apatah lagi. Nampak muka. Seram2.Tapi bila dah bagitau oke je. Alhamdulillah heee =D Selama beberapa bulan, saya hnya pakai phone org saja. Hee muka tak malu. Takde mood nak beli phone baru. Tapi tapi, saya still pakai num lama ye kawankawan. Sim yang hilang tu memang sim etisalat (mesir punya). Tapi num dah renew kat etisalat centre. Hehe nasib baik bole pakai lagi kredit dlm nya. Banyak kot! Adela beberapa genih =,=

Tapi tulaaah kot. Inilah balasannya. Saya terima. Mungkin disebabkan saya telah ponteng lab biochemistry. Ingat terer sangat ke biochem sampai nak ponteng2. Maalish dukturah! :(. Orang kata kat bumi mesir ni, tuhan nya balasan on the spot je. Tapi memang la saya insaf. Tak mau ponteng2 class lagi.

Ya Allah, jika memang kehilangan telefon bimbitku lebih bererti bagiku daripada memilikinya, maka aku lebih memilih kehidupan tanpanya, asalkan dekat dengan-Mu, daripada aku hidup dalam kelalaian ya Allah.
Allah sedang berbicara denganku tentang sabar & ikhlas.
Sabar, Ikhlas -: itu islam
dan aku seorang muslim.

Friday 9 July 2010

☺ She said ,


Salam. Sekadar untuk berkongsi. Teguran buat diri yana sebenarnya tp sama-sama kita ingatkan diri ya :)

From : her:D

Bila tgk yana berkawan dgn lelaki tu nampak happy sgt yer. Bahagianya hidup yana. Tapi kan awatnya rapat sangat berkawan. Kurang sesuailah..

Bagaimana cara paling baik untuk berkawan. Kat sini cikgu ada sedikit yang boleh dijadikan dalam kita berkawan. Takut nanti sebab dosa-dosa kecil yang kita buat, hilang keberkatan ilmu kita. Tu jadi orang yang belajar ilmu agama tapi tak meresap dijiwa kita. Cikgu bercakap atas pengalaman cikgu.

Cikgu berkahwin dengan suami cikgu bukan atas cinta sejati. Kami bercinta selepas berkahwin. Lepas buat istikharah terima suami cikgu. Jumpa atau keluar makan-makan kat luar mmg tak pernah walau sekali. Tapi kemanisan itu Allah balas bila dah kahwin rasa honeymoon jer walau dah masuk tahun 7 perkahwinan kami. Percayalah Yana.. Waktu muda ni kita terbuai dek perasaan (nafsu) semata2. Kalau lelaki itu baik dia akan menjadi peningat kita yang setia agar menjaga batas-batas pergaulan.

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain. Ini yang selalu kita lihat anak-anak di luar sana lakukan. Bukti kasih sayang. Jangan anak-anak dosa..

b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah. Untuk perhubungan awal tidak perlu kerap berjumpa bahaya. Ajak kawan kalau sekadar tengok tak payah sayang. Sabar...

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( Sms, phone, chat, mesengger ). Ini jalan paling selamat utk berkenalan tetapi tengok topik perbincangan. Kalau sampai lewat pagi fitnah
nanti..

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling. Kita suka kata sibuk aje org ni suka jaga tepi kain orang. Tapi aksi kita yang kekadang terlampau yang buat orang kata. Kita tak sedar nak..

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan. Jaga diri jangan sampai jadi bahan fitnah..

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing. Semestinya. Jaga aurat selengkapnya. Kalau kawan datang rumah jgn tak pakai tudung pula. Ingat hanya yang mahram aje boleh tengok aurat kita.

g. Awas daripada bertukar gambar. Yang dah bertunang tu tengok gambar kalau untuk tak pernah tengok pastu suruhlah keluarga simpan kita tak payah simpan. Yang tak ada ikatan apa2 mcm masa sekolah ni tak payahlah. Angau susah. Lagi satu dosa. Tapi bila dah tepek kat myspace atau web aper2 susah nak kata. Sesaper boleh download. Banyak godaannya..

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul. Inilah bila kita tak ikut yang Islam dah ajar. Baru couple heboh kat kekawan. Pastu kenal yang lain heboh lagi. Benda yang belum pasti jangan dihebahkan takut datang fitnah..



Apapun kawal diri untuk bercouple secara serius ; Cinta monyet. Cinta sejati ialah kita mencintai seseorang kerana Allah dan kerana agama. So pilihlah pasangan anda nanti yang beragama. Bukan yang handsome, kaya, berpangkat. Kita tak tahu jodoh kita dengan siapa. Kadang2 kita berkawan bagai nak rak tetiba Allah utuskan seseorang yang amat baik dan wara' untuk kita di universiti masa tu kita akan rasa bahawa memilih yang terbaik untuk kita. Ramai dah kawan cikgu yang jadi macam ni. Menyesal sebab dulu dok main cinta kerana nafsu tapi bila kita mencintai seseorang kerana Allah berbeza tau.

Takpelah yana jangan risau, cikgu paham sukar untuk kita berubah sekelip mata. Tapi kita kena banyak berdoa pada Allah agar dibuka pintu hati kita untuk membetulkan kelalaian kita. Susah nak buang bila hati dah suka. Dulu adik cikgu yang UTM pun beria2 bercinta ngan budak UIA tapi bila masuk UTM dia dah ikut usrah dia mula rasa bersalah apa yang dia buat selama ni. Bila panggil sayang2, honey.. Dia mula bertegas dgn pasangannya tapi jodoh mereka tak ada. Adik cikgu rasa tak boleh teruskan dgnnya dan bila buat istikharah tak dpt petunjuk budak tu. Mereka hanya berkawan biasa. Mmg sian ngan bdk UIA tu. Kami pun sian tapi nak buat mcm mne.

Akhirnya dia bertemu juga budak UTM sama persatuan dgnnya. Budak ni baik, alimlah, pandai Qiraat, dan mmg pakej semua lengkap. Tapi sekarang mereka tak bercinta macam dulu lagi. Semua terkawal dan tidak lagha. Tiada sms rindu2an. Bergambar pun tak pernah bersama. Semua terjaga. Sebab nak kemanisan selepas perkahwinan. Dan adik cikgu semakin rajin mendekatkan diri dgn Allah sejak mengenali budak UTM tu. Rajin beribadat. Suker cikgu tgk. Kalau dulu masa dia bercinta ngan budak UIA cikgu selalu marah dia sebab lagha. Tu beza lelaki idaman kita dengan lelaki soleh yang perlu kita cari.

So Yana fikirkanlah. Kalau Yana rasa that boy yang terbaik boleh teruskan tapi jaga batas2 mcm panduan kat atas tu. Huhu. Jgn malu yer. Cikgu sayang yana. Sebab anak sulung besar peranannya. Adik cikgu yang Siti pun dah jumpa teman yang mcm tu. Memang bercinta jadi boring bila tak berhubung tapi janji Allah untuk umatnya yang menjaga cinta ialah kemanisan selepas berkahwin. Rahsia tok nenek kita. Zaman dulu mana ada bercinta macam zaman millenium ni kan. Ok cikgu kuar dulu. Sayang yana..

Actually yg tulis ni bukan cikgu yana. Dah ditukar wataknya. Hehe. Harap sama2 dapat ambil pengajaran. Tolong kita ingatkan sesama kita. Saya memang selalu lupa. :(

☺ Let's Pray


Allah tak kabulkan doa kita pada waktu yang kita nak, tapi pada waktu yang munasabah. Syarat doa dimakbulkan-kita kena yakin dan pasti pada Allah. Bersangka baiklah dgn Allah. Kadang2 kita rasa kita dah banyak doa, tapi Allah tak makbulkan jugak. haa jgn rasa camtu. Moga2 kita tak tergolong dgn org yg berfikiran camtu.

Sbb mana lah tau, nnt tiba2 dekat akhirat,
kita tak banyak pun buat amal spnjg kat dunia, tapi timbangan amal kita berat. Mungkin inilah berkat doa kita selama ni.

Ud'uni Astajib Lakum.
Mintalah kepadaKu, pasti Aku mengabulkan permintaanmu.
(Surah Al-Mu'min. Ayat 60)
Tapi kt sini, Allah tu tak kabulkan doa kita scr zahir. Bukan time kita minta tu time tu gak Dia bagi.. Tak.

NEVER LOSE HOPE IN ALLAH! be patient and keep on asking help from the divine.

Ingatlah;

Kita sering mendesak kehendak kita pada Allah ketika berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.


Sentiasalah berdoa dalam kehidupan seharian kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Jangan sesekali berputus asa. NEVER. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan kehendak-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.


Nothing in impossible. With Allah's help everything is possible.


Kita salu nak Allah penuhi hak kita sedangkan kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga solat lima waktu, menutup aurat dan memelihara pergaulan, dan menjauhi kemungkaran dan larangan-Nya.

☺ Hey

Ta'aruf sikit yea :D

ehemmm.hello,
I'm Nur Liyana Mohamad Rushdan.
31st Mei 1991
Made in Islam.
Currently studying Medicine in Egypt.
Study Study Study
After each difficulty, there's a relief :)

Muslim doctor, insyaAllah.

☺ Worth The Sleepless Night :)

Alhamdulillah. Selesai jugak tahun pertama aku bergelar sebagai seorang pelajar perubatan di Al-Azhar, Kaherah. Last ada kat kuliah, masa imtihan Al-Quran (14 June 2010). Tak caya cuba tengok dalam jadual exam di bawah. Yang kat tengah2 tu. Siap bulatkan lagi. hehe. Maklumla. Last paper.

Bertampal-tampal kan. ha ni lah dekat depan meja study. Agak serabut. maaf lah ye. :) Dak2 y2g, tengok tu siap ada cebisan Gandaan Ulul-Albab. Semangat enn?

Jap2. Berapa kali ulul-albab disebut dalam Al-Quran? hehe jawab ler sendiri.

Apa2 pun, syukur dirafa'kan pada ilahi, perjuangan imtihan telah berakhir. Hanya doa dan tawakal mampu dilaksanakan.


Ya Allah, I'm hoping for the best natijah, harapnya najah dan cemerlang. Amin.
Mak Ayah, pray for me :)

Ya Rab, kurniakanlah juga kejayaan kepada sahabat2 ku.

Ya duktur! See ya in the second year.

☺ Newbie :D

First lame entry ever :)


salam.

currently on holiday for three months.
bestnye. no distraction, no stressful weeks of studies.

heheh sorry for the inconsistency and jumbling of any words or phrases.

buah cempedak diluar pagar . TQ

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign