Wednesday 15 December 2010

☺Hari Tasu'a' & Asyura

Copied & Pasted


Puasa hari 'Asyura', Tasu'a' dan kesebelas Muharram Puasa hari 'Asyura' ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu 'anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda maksudnya: 

"Ini adalah hari 'Asyura' dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari)

Hikmat berpuasa pada hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata maksudnya: 

"(Tatkala) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sampai di Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura'. Baginda bersabda: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu" 

Nabi bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu" Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)" (Hadits riwayat Bukhari) 

Kelebihan berpuasa di hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata maksudnya: 

"Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari 'Asyura'? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim)

Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari 'Asyura', berpuasa pada hari Tasu'a' iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata maksudnya: 

"Dahulu, ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura' dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Wahai Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari 'Asyura' itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" 

Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, insya Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan"

Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim) 

Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a' (sembilan Muharram) itu dari berbagai-bagai aspek: 

1. Bagi menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura' (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Hadits riwayat Ahmad) 

2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari 'Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya. 

3. Bagi maksud menyambung puasa hari 'Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari 'Asyura'. ( I'anah Ath-Thalibin 2/301) 

Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari 'Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu'a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi'e Rahimahullahu Ta'ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu'a'), kesepuluh ('Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.


Selamat beribadah semua.

Saturday 11 December 2010

☺Life is :)



teruskan berusaha, teruskan berjuang. selamat bermujahadah :D

Saturday 13 November 2010

Memilih Untuk Menjadi Nabi Musa atau Firaun

Selain sibuk mengutip ilmu perubatan, rakan-rakan masing-masing berlumba-lumba untuk mencari mutiara disebalik butiran pasir di bumi mesir ini. Kadang-kadang aku cemburu dengan rakan-rakan yang sentiasa istiqamah di atas jalan yang dipilih.

Ramai di antara mereka yang telah berubah. Alhamdulillah. Semoga ianya berkekalan. Bukan mudah mencari sesuatu yang kekal. Once kita dah jumpa, genggamlah seerat-eratnya. Jangan sesekali biarkan ia terlepas.

Aku cemburu dengan kekuatan mereka. Sedangkan aku sendiri, mahu berubah tapi masih bergelut dengan nafsu dan syaitan. Seperti tiada kekuatan, aku berasa sangat lemah. Biarpun hati teringin sangat-sangat untuk menjadi seperti mereka.

Tapi kadang2 pada satu tahap, tiba-tiba akan rasa down gila n hilang semangat. Dan perasaan yang tak terkawal serta hilang arah secara tiba-tiba. Bukan hilang semangat dari segi belajar je. Bahkan dari segi untuk membuat sesuatu kebaikan. Atau nak jadi someone yang 'baik'.


Dan itu yang sedang aku rasakan sekarang ni.
But they say, life is a learning process.
Sometimes we feel as if we are on the top of the world.
But sometimes, tengah semangat2, 
Tiba-tiba jiwa termasuk dalam self-destructive mood.
Dan kadang2, bila rasa down tu, 
Kita tend untuk punish diri kita for watsoeva.
Well, sebenarnya bukan salah kita dan kita tak mintak pun.
Jangan pernah blame diri sendiri disebabkan rasa down tu.
Kadang2 kita lupa.
Kadang2 kita leka.
Tapi sebenarnya, bila kita rasa down ni lah,
Mungkin ia adalah waktu untuk cuba dekatkan diri dengan Allah
Setelah kita leka.
Mungkin juga, masa semangat2 buat sesuatu dulu, 
Kita lupa hubungan kita dengan Allah.
Even benda yang kita lakukan tu adalah satu kebaikan.
Tapi bila perkara tu dah selalu kita buat,
Perkara tersebut akan jadi macam rutin harian, 
Dan mungkin niat kita terlari sedikit.
Sebab tu setiap kali sebelum memulakan segala sesuatu, 
Tajdid kan niat.
La takhaf wala tahzan, innallaha ma'ana :)



Seketika aku mohon sesungguhnya, moga dipermudahkan urusan duniaku supaya dapat menumpukan diri pada urusan akhirat.

Aku harap kehadiran insan yang tersayang tidak lama lagi dapat mengembalikan sedikit sebanyak semangat aku kembali. 20-29 nov 

Sunday 17 October 2010

☺Jangan Tension

There's nothing on the net. The phone has been so quiet for the whole time. Sunyi dari sms, call. Nothing. Rindunya :( The only thing yang ada - flashes of the memories in front of my eyes, the sweet things. I cant believe my family and I were having good times last couple weeks. But now, gaah. Hidup ni memang memerlukan banyak pengorbanan. 

Hari ini tak mungkin lagi seperti semalam. Aku punya tanggungjawab. And to be this far from my loved ones, my family - this is jihad. And it needs sacrifices. Rarely update konon-konon stadi walhal layan movies tahap tak ingat. Memang lumrah bila dicampak jauh beribu batu dari tanah air, maka cerita-cerita melayu lah pengubat homesick. Tapi macamlah tengok cerita melayu je. Bukan ke habis semuanya dibalun? Tak juga.

Sebenarnya esok, quite a disastrous day bagi aku, aku rasa. Dukturah memang garang majnun takpayah cakap. Rasa memang tak dapat nak ditolerate lagi transitional epithelium of urinary bladder neh waktu lecture dengan dukturah ni takut punya pasal. Memang tachycarida habis. Silap haribulan, kalau severe sympathetic stimulation, boleh pause jantung aku ni. 'No smiling during lecture. Only after lecture. Perhaps smiling partially in the lab', katanya.

Tapi yang peliknya, segarang mana pun dukturah tersebut, penyakit ngantuk dalam kuliah memang takpernah nak faham. Serious, kita tak pernah mintak kann. Ngantuk tu sendiri yang menjemput ketika dalam kuliah kann. Nak buat macam mana. TERtidur kot. Bukan sengaja. Sekurang-kurangnya barokah tu ada sebab datang kuliah daripada tidur kat rumah. Tapi jangan kau datang kuliah niat tidur sebab ada aircond daripada duk umah panas gilo, memang barokah head brain kau ah. agagaga =P

Dan setiap kali lecture beliau jugak, memang kena prepare awal awal. Branch CNS untuk histo memang banyak gila, dahla banyak nama pelik, nama stok nak gah takbley blah nak mampus. Substantia gelatinosa of rolandi (nama macam nama pelakon hollywood boley) , and ada jugak nama stok nak panjang panjang takbley blah jugak- hypothalamohypophyseal tract. Kalau nak bagi nama anak dengan nama neurotransmitter iaitu noradrenaline pun boleh.

And belajar jugak memerlukan kreativiti. Dan memerlukan banyak penggunaan imaginasi. Sedangkan cell pun cannot be seen thru naked eyes, ni kan nak kaji banyak gila metabolic process dalam mitochondria yang lebih kecik daripada cell tu sendiri. And ada pulak pengiraan ATP dalam tu. Hebatnya ciptaan Allah.

I think my book needs me back now. Kalau rasa macam nak gila dah study, benti lah. Tak masuk punya kalau kau paksa. Boleh cuba gila-gila dengan kawan-kawan untuk hilangkan gila sebab belajar. Tapi lebih baik kau pergi bukak quran dan baca. Fuiyoh, bunyi macam baik je rasa. Takde ah, jangan ingat benda baik, budak baik je boleh buat. Tak. Kau pun boleh. Percaya ah.

Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla..

Sunday 10 October 2010

☺Its been a long day


Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini..
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira
di AKHIRAT sana..

Saturday 9 October 2010

☺Say cheese!




Salam :D Yeap! I am smiling right now. Can you believe it? Percayalah! Thehehee. Actually, it doesn't matter whether if I'm smiling or not. But, I smiled in my text just now aite? :D Ppl, put 'smiley' in your text make a big difference to others. Serious. When you put those smileys, I'll start to imagine your face smiling at me. Eventho you aren't, or maybe you just woke up from your sleep, but I'll feel very HAPPY! It's very simple, kan! As simple as ABC. Lets starts with a smile even in your text. It would make things better. But ofcourse, it's wayy better if we really smile in our real life. It costs nothing! 

Why don't you wake up everyday with a single smile on your face :) Even you are lost. Though you are like far away from where you belong. It's just a matter of a single smile, it'd swipes all the scares and worries away. Yeah I know how it feels!! And I bet you as well. When you are down. Alone. But you never forget to have that smile on your face. It's a nice feeling you will have, deep deep inside. The warmth. As if you are not alone, be it that! Eventhough the fact is something else, perhaps. But it's a great feeling you are having, even just for a while. Besides, smile makes you look younger! Haha, see, how sweet your smile is :D Hehehe, enjoy your days okay! For as I am sure, I'd love mine!

Thursday 7 October 2010

☺Ahli Bait 8

Hello hello. Assalamualaikum.

Malu nye kak jaja, bersiap-siap molek hari ni padahal takde kuliah.
NGAHAHA. Jahatnye gelakkan kak jaja. Hehehe. Sorry kakak comel.
Yay cuti lagi yay :P FYI esok pun cuti lagiiiii. Jumaat kan mesir cuti.
Kau lihat betapa gembiranya yana dapat cuti. Lihat senyumannya lihat!

KEHKEH abaikan.

Post dulu ada bercerita tentang ahli bait saya. 7 orang kesemuanya. CECEH cam citer dragon ball. Tapi kamu tau kah, bahawa sesungguhnya saya ada lagi sorang ahli bait.

Tapi yang uniknya, beliau tidak perlu masak, kerana kami yang masak untuk beliau. Saya suka sangat! Dia lah peneman saya untuk setadi malam malam. Kami serasi, walaupun bahasa yang kami tuturkan berbeza sekali.

Dia lah BALQIS ku sayanggggg :D

Kau lihat ini 

Comelnya anak umi nii

Balqis belajar sama sama dengan makcik yana ye !

Cedap ke buku tu balqiss. Jangan makan ye sayang. Nanti makcik yana nak baca apa.

Cedihnya balqis dah nak balik Malaysia, tinggalkan makcik yana kat sini. Nanti makcik jumpa balqis da sekolah. Cayang dik balqis. Terima kasih teman makcik stadi :D

☺Setadi Setadi

Assalamualaikum, salam satu Malaysia. CECEH tajuk post nak gempak, bajet kaki setadi nerdie lah kau yana. Haha, jangan terpedaya weh. Ni cuma kata-kata semangat sebelum mula post apa-apa. Oh ya! Selamat hari Merdeka. Cuti yay cuti. Mesir merdeka. Kau cuti jangan tau cuti je yeh.

Anak-anak. Ini cuti sempena Sittah Oktober, tarikh dimana Anwar Sadat dibunuh. Wow, cukup fuiyoh bagi YANA untuk mengetahui perkara sebegini. Haha. Anyway, cukup la kalau korang tau yang hari ni, 6 October, merupakan kemenangan angkatan bersenjata Mesir atas Israel dalam pembebasan Sinai. And btw, 6 October juga merupakan hari lahir adik kesayangan ku :D NUR AWATIF MOHAMAD RUSHDAN. Selamat Hari Lahir Kakngah. Belajar rajin-rajin, jangan hampakan harapan mak ayah. PSPM ni buat betul2. IMY anddd ILYSM sis :(

Miss My Girlfriends and My SuperGirlfriend; MAK <3. And Happy Birthday kakngah yang tudung pink kat tengah2 tue.

Banyak subj dah masuk chapter 2. But still, I am very playful. I hardly sit well in lecture hall. Salu ngantuk dalam class. Bila ngantuk mula lah online. Grr, mushkuwais yana. Huhu. Tapi at the end of the class, I'll make sure yang aku dapat notes untuk apa yang dipelajari that day and I think aku kena salu spend time jumpa dukturah after the class which I rarely do this here. Kalau kat matrik dulu boleh kata salu jugak pergi unit jumpa lecturer. How I really miss those moments in matrik :(

Kat bilik, aku jarang sangat study pun memalam. Aku rather tengok movie, baca buku selain buku kuliah. Boleh? Orang tido, aku pun tido. Tambah2 nak winter ni, malam gila panjang ok. And I shud MUST change my way of study. Tapi recently, aku bangun awal, before subuh around 2 or 3am disebabkan jetlag masih lagi bermaharajalela dalam diri. Dah seminggu sampai mesir tapi T_T. But that's the time bila aku start buka balik nota, go through them all, add some notes, updating them etc. Kesedaran. That's all I need. My Aim. My future. 

Current Mood :

Syahadah Gadis Ateis

VS.

Central Nervous System.


Haha. Thanks Fnaa for the precious book. Taktau cakap pe, terkedu time fna bagi. Sekejap je kita jumpa hari tu, tapi tau tak betapa gembiranya yana bila dapat jumpa fna, peluk fna. Aaaa, macam dah setahun tak jumpa kekasih. But seriously, seronok sangat dapat lepas rindu jumpa wpun sekejap. Tak apa, lepas ni boleh jumpa lagi, setadi sesama. And btw, wow fana duduk depan sekali dalam lecture hall. Reserve kan my place sekali yeh? Hehe :) Sorry sebab takde bawak pape pun untuk fna. But the book, I really love it. Many thanks. ILY study partnerr <3

Tuesday 5 October 2010

☺PMS

Insane. Crazy. Lunatic. Majnun.
Semua ada.

Ley? Why? Kenapa?
Belum sampai seminggu duk mesir dah ada test.
Tak pernah disentuh dek yana pulak buku tu :D 
Ish ish. Mushkuwais yana.
Azam baru kali ni kalau balik malaysia; 
Kena balik mesir balik before kuliah start.
Nak menyesal balik lambat pun tak guna. WAA.

Serius tak boleh masuk sikalang. Maaf encik physiology.
I prefer to read this right now KLIK SINI *Oh girls btw, HEH
Especially those who are in the PMS mood 
(Perempuan Mengamuk Sakan).
FYI, tadi belajar tentang hormone.
Jadi terfikir untuk share, it's not that I'm the one yg tengah PMS.
Tapi sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap nasib kaumnya.
NGAHAHAComel je entri dia:DD

Oh dan lagisatu, sesiapa yang mempunyai masalah yang sama seperti dalam entri, cubalah pati halia yusmira. Jadi sesiapa yang nak balik mesir, sila bawak stok banyak banyak. Maksud yana, perempuan la oi. Tak kan kau yang laki nak juga, kot kot hadiah untuk si dia. Aduh terlebih romantic pulak.

Oh oh ya, btw entri 23 sept :P
Anonymous
Bagitahu nama teman la senang sume satu dunia bole taw’ .
Haha saya tau anonymous ni siapa.
Baik baik. Saya rindu mereka mereka ini.

teman 1 teha, tengok langit memalam dcni ni tingat awak =(
teman 2 siti Fatimah ili omar ;D bedmate forever <3
teman 3 Fna ishak chubby, my future study partner,
teman 4 fakhrul razi =) perasaan terharu tak hilang lagi :D
teman 5 durraaaah cik tipikal, saya rindu awak.
teman 6 ustad nawap, balik mosir cepat! lbat sgt bulan 11. sunyi umah nogori.

Kepada mr. anonymous. maaf, tambahan. Teman 7, thanks untuk chocs n scarf yang awak bagi kat airport hari tu :D saya simpan sampai sekarang dan sampai bilabila, akan saya gunakan during this winter! :D Thanks a lot. Hee

KEHKEH, maaf, ini bahasa ammi.
ley : kenapa
mushkuwais : tak bagus
ammu : pacik
majnun : gila

Haha, sehari belajar bahasa arab okeh, dah lama tak balik mesir, nak cakap dengan ammu tremco (dua; ithnin) pon cam blurr. Sebab tu berjaya ditipu oleh ammu sotong sampai 25 geneh sekilo. Rasa macam ayam je T_T

Hehe. Okay laa, terpaksa pergi. Babai. Tata, ada talaqqi kitab dengan Syeikh Asyraff sebenarnya sekarang heheee. And malam ni dah kena start baca Central Nervous System untuk test besok pulakk. Kawan-kawan, la tansani fi duaika/ki. Jangan lupa saya ya dalam doa kamu. Supaya dapat jawab test esok dengan tenang. InsyaAllah. See ya :D. Salam.

Saturday 2 October 2010

☺Egypt 1

Assalamualaikum wbt dan salam satu melesia.
Heeeloo ppl yang berada di malaysia mahupun di mesir. hehhehee
Quick update sebelum pergi kuliah. Ohya ya hari ni saya ada date dengan Mr. Histology dan Mr. Tafsir :D jam 10 pagi mesir. 

Malam tadi dapat makan kfc weh. Sebab ada program kat ARMA. Ada Ustz Asri dan ramai lagi, hahaa menyimpang tajuk. Saya tau. Cuma nak bagitau gak, bukan senang I dapat makan kfc kat sini taw? haha PERIOD

Anyway, tak dapat salu update disebabkan wireless curi unsecured neh tak berapa bagus line dia. Akan tetapi, terima kasih ye kepada baba atau mana-mana ammu yang network beliau bernama ***s*.

Kepada mak ayah jangan risau, saya kat sini baik-baik sahaja. Seronok dapat breakfast ikan sardin melesia. Rasa cam kat melesia bhai!:D

Oh ere. Act before balik egypt memang excited nak balik sebab satu reason je - Sebab dapat naik flight. Jakun en? Tau tu. Kenapa best naik flight? Sebab seumur hidup berapa kali je dapat naik flight. Sebab dapat makan best. Sebab ada stewerdess yang segak segak wink. Sebab dapat tengok cite best weh - karate kid, house, csi, hindi etc. Tak terasa sakit punn duk lelama. Hehee.

And dalam fikiran, part otw balik tu je yang best. Bila sampai egypt yang kaler coklat instead malaysia yang kaler hijau nanti, mesti bosan bila sampai egypt. Macam - taknakkk!

Tapi bila sampai sini. Speechless :D Ada banyak sebab kenapa dah mula rasa sayang kat mesir.
Ahhh, feeling pulak.

Okay sekarang ahli bait saya kt sini ada 7 orang semuanya termasuk saya. Kelebihan ada housemet 7 orang ni ialah, dapat masak satu hari sorang dalam seminggu. Cukup2. Takde berebut rebut. Kehkeh x)

Kak Humaira (tahun 2 syariah)
Kakak bilik saya, sekepala je kami. Kak maira ni kecik je orang nya. Suara dah lah macam siti. thehee tapi kak maira mengaji sedap. Saya suka dengar kak maira mengaji. Kadang-kadang saya cuba tiru dia tapi tak dapat, hihi :P

Kak Rehan (tahun 2 lughah)
Seorang yang sangatt lemah lembut. Ketua rumah kami ! :) Kak rehan sangat baik baik baik! Suka akak.

Kak Limah (tahun 3 usuluddin)
Kalau akak baca belog ni, sila lahh balik sini cepat! :D hahaha

Kak zimah (tahun 3 syariah)
Ini pun sama bercuti lelama kat melesia tak balik balik lagi neh. Kak zimah, balik laaa, saya nak kirim bahulu ni. Btw, saya kagum dgn kak zimah. Tahniah sebab result yang best :D Akak memang rajin. Selalu tak tido malam. Balik2 exam nangis kata tak dapat jawab. Padahal result. Peeergh. Respect akak :D

Saya (tahun 2 perubatan)
Apa-apa jelah haha

Rozie (tahun 1 usuluddin)
Baru kenal neh, sebab baru datang. Kami sebaya ok. Selamat berkenalan :D Heh

Muniratul (tahun 1 lughah)
Kawan baru jugak. Kelakar dak neh. HAHA. Nnt kita kenal lebih rapat lagi ek. ekeke.

Kenapa en nak kenalkan ahli bait? heh gila. Abaikan. Anyhoo, saya sayang sume akak2 saya, akak2 memang terbaikkkk :D Semoga kita dapat jadi sebuah usrah yang diberkati.

Kawan2, doakan saya untuk tahun 2 ni. doakan kita sama-sama dapat mencapai mumtaz dunia dan akhirat. Amiin. Uh okaay then gtg! Mr. Histology dah tungggu weeh. Jap jap, toodles ppl! Salaam :D

Monday 27 September 2010

☺Sayu



I wanna sleeep! but then both of my sis' are struggling kiri and kanan for psra & pmr. its been a long while since I stayup untuk belajar memalam gini tak tidur. “kaklong, jangan tido malam ni, teman kakteh stay up tau. kalau kaklong ngantuk, onla fb ke tulis belog ke bla bla”

okay tak sampai hati nak tidur, BUT, zzzzzz *tertido, sorry :D

couple more hours left. sayu.

Thursday 23 September 2010

☺Penghargaan 1

just random. tapi tak sempat semua. nanti tambah lagi. well, selamat tinggal kawan-kawan D:

teman 1
sedih nyee tak dapat jumpa kamu. kamu jangan risau taw kite akan salu ingat kamu bila pandang spongebob comel yang kamu bagi tuuuu. ingat tauuu, tengok langit salu, tengok bintang *i could really use a wish right noww :P

teman 2
bedmate foreverrr guaaaa. sedih kot tak dapat jumpa. jauh sangat kamuu kat utp. takpe ah. aku akan selalu mendoakan kamu, muah ! :D

teman 3
ha ni tak sedih sangat sebab nanti setiap hari mesti akan jumpa kat kuliah *kalau kau datang ah, (gila teringat kau ponteng kuliah dulu, aku marah kau pulak, NO NO NO jangan buat lagi this year okay?) hihihi, cant wait to see you my future study partner. sayang kau ah :D

teman 4
thanks for the chocs and the card. gila CUTEEEE. terharu & sebak. taktau nak cakap apa. kata-kata LESS (speechless) haha. thanksssss <3!

teman 5
jangan lupaa keep in touch okaayy :D serius best gila dapat kawan cam kamu. sangat selesa & kamceng eventho kita tak pernah jumpa. its been 378 days by the time saya tulis ni kan, and hopefully till Syurga, amin :D ingaaat, ego hanya memakan diri. persetankan saja anon2 yang tak puas hati dengan kamu tuu. LY <3

teman 6
kepada budak yang balik bulan 11 haha, *mengada balik lambat. balik cecepat ahh tawtaw! mesir akan rasa lain tanpa kamu :( sobsob, ibarat mesir tanpa sungai nil kamu taw? hahaa, im waiting you thereeee! =PPP

☺Nak abang camni!

Ada yang pernah dengar cerita ni.

Yang tak pernah, meh aku nak cerita. Kalau tak sama, lebih kurang lah kot. Hee

Ada sorang lelaki nama Amar, dapat hadiah kereta as his birthday present. One day, bila Amar keluar dari office dia, dia nampak sorang lelaki ni admire gila kat kereta si Amar neh.

“Ini kereta awak ke?” Lelaki tadi tu tanye Amar.

Amar angguk. “My brother yang bagi for my birthday”

Lelaki tadi agak terkejut ah. “U mean that abang awak hadiahkan awak kereta, & it didn’t cost you anything?! HOW I wish I could be a brother like that!”

Subhanallah, korang percaya tak apa yang lelaki tu cakap?

Instead of dia kata wanted to HAVE a brother like that, he wish he could BE a brother like that.

Ffuiyooh!  Be a brother like that

Err

I bet u get what this story tells aite?

Cerita ni buat aku fikir panjang. Adakah aku akan mintak untuk mempunyai seorang abg macam abg si Amar neh atau aku minta untuk jadi seperti abg amar? 

Have you ever wonder, which one are you?



*aku nak dua2! wawa. teruk yana neh.

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign