Friday 22 June 2012

Psstt, wahai hati. Meh dengar sini meh :)


Awak!
ye awak..
hati yang sedang berdarah tersesak esak di dalam. Kenapa perlu tangisi perkara yang telah berlalu? bukankah ujian itu tanda sayang Nya. untuk mendidik hati? maka, sabarlah wahai hati. Ayuh cepat, bangkit, fahami dan dalami kata2 cinta Nya. tinggalkan mereka yang telah menyakitimu. Siapa lah mereka jika nk dibandingkan dengan Nya. Ingat, awak ada Allah. Dia sentiasa ada bila masa awak perlukannya walaupun awak pernah melupakanNya waktu awak bahagia dulu. Allahu Rabbi T____T


TARBIYAH TERBAIKK direct dari Allah. siapa tak merasa ini, RUGI! maka, aku bersyukur:D 
ALHAMDULILLAH *senyum comel*


Kalau lah tiada Allah dalam diri, di mana agaknya budak yana hari ini?  *nangis sedu* 


terima kasih makhluk yang 'dihantar' Tuhan untuk menegur. 



Korbankanlah dirimu untuk Tuhanmu dan janganlah engkau terkorban di dalam cinta duniawi. Perbanyakkanlah menangis untuk Tuhanmu kerana ia terlebih membahagiakan dirimu kelak di akhirat sana, apalah gunanya engkau berasa gembira dengan najis duniawi sedangkan di kampung akhirat yang kekal abadi itu engkau tiada memiliki kebahagiaan.


Menangis dan meraunglah wahai hati. Tetapi.. Senyumlah pada bibir dan mata mu. Kongsikan kegembiraan bersama manusia. Tetapi rahsiamu biarlah dikongsikan dengan Rabb mu sahaja. :) ♥

Thursday 21 June 2012

Dari sahabat buat sahabat..

     Mari berlayar di bahtera keinsafan. Menggapai keredhaan dari Allah. Apalah gunanya kita hidup di dunia jikalau tidak mendapat keredhaan-Nya. 

     Rasailah kemanisan beribadah, kemanisan dalam onak duri ujian yang diberikan oleh-Nya untuk kau lebih mengenali siapakah DIA yang sebenarnya yang mana tidak akan meninggalkanmu di kala engkau bersendirian ataupun dalam kesusahan. 

     Itulah menunjukkan betapa sayangnya Allah padamu. Semakin kutulis tentang perkara, semakin menitis air mataku kerana kutahu tiada ternilainya harga cinta-Mu, ya Allah...:-(






-HAT-

Tuesday 19 June 2012

Hamasah :D

Salam semua :)

Alhamdulillah hari ni masih diberi kekuatan untuk bangkit seperti dulu :)

Tau tak kenape banyak kali terjadi bila kte diberi kekuatan untuk bangkit dari kejatuhan, tapi berulang kali kte asek jatuh balik je?

Sebab Allah nak uji kekuatan kte.
Sebab Allah sayang kte.

Sebabnye jugak kte keep ulang buat kesalahan yang sama senanye.

Jangan butakan mata sekali kita dah dapat hidayah drpd Nya. Takut nanti buta selamanya, nauzubillah T__T

ayuh bangkit ! ^^  meski berkali kali, tapi jangan berpernah putus asaaa.



yana boleh yana boleh yana boleh

kalau orang yakin ngan diri kte, nape kte tak bole yakin dengan diri sendiri. :)

Tuesday 13 March 2012

Menyelit Kejap

Harini jumpa sangat ramai orang baik. Allah Allah. Kau rahmatilah mereka.


Pagi2 masa nak pergi kuliah naik tremco (van kecik yang selalu kteorang naik pergi mana2 kat mesir ni), ada sorang pakcik tua ni tolong kami cakapkan dekat pakcik tremco suruh hantar kami ke kuliah. Sebab mula2 tremco tu nak pergi tempat laen sebenarnya. Siap gaduh2 dengan pakcik tremco tu demi kiteorg. Hehe rasa macam ayah2 je. Mekaseh ammu.

Petang masa nak ke kelas, tengah letih letih dengan kak jaja tunggu bas, tetibe ada org tegur dari belakang. 'Dokter, nak ke mana tu?' Saya tak buat muka kesian pun, tapi dengan baik hatinya dorang tumpang kan pergi kelas dekat ARMA. Bukan nye dekat. Zahmah (jam) pulak tuu. Mekaseh ust sbb hantar kteorang hehe. Masa dalam kereta otw ke kelas, borak2 dengan ust tu, dia nak balik malaysia dah. Ni tahun last. Sedih oh. Tapi saya doakan moga ust najah tahun ni, dapat pulang ke tanah air n pangkuan keluarga ameeen.

Balik daripada kelas, ada sorg pakcik tremco ni ambik kteorg. Tua pakcik nya. Macam ayah2. Sungguh2 bagi no tel dia kat kami suh contact dia kalau nak pergi atau balik kelas. Kalau nak ikutkan. takdelah banyak pun dapat. Sekali balik, dapat dalam LE20 camtu. Tapi rezeki pakcik halal pakcik. Terharu tengok kesungguhan pakcik. Yang kteorang ni, LE20 tu macam apalah sangat. Sekelip mata je boleh habis. Allah.

Owh cite lain plak, semalam masa kelas, abang hafiz tanya satu soalan.
'Which one is better, shisha or smoking'. And jawapan nye ialah NEITHER.'
Dua dua pun tak elok sebenarnya. , walaubagaimana pun, shisha is worse sbb dia takde penapis mcm rokok. And dia boleh affect both upper n lower respiratory system lagi teruk tau. Bak kata abg hafiz, nasib baik la tong shisha tu besar. Takde la orang senang nak bawak pergi mana2 n ber shisha di mana2.

Pape pun, dua dua sangat la tak elok pun. Jadi. Tolongla sayangi diri anda. MAMNUK TADKHIN. Jangan MEROKOK. No SMOKING please. Sejak belajar patho ni makin gerun plak rasanya. The fact is, the most common cause of respiratory diseases is smoking termasuk lah kanser etc etc. Saya tak kata org merokok ni jahat~ Tapi. kalau boleh, takyah rokok ekk :) Kesian kat paru-paru, kat jantung, kat sistem permakanan n satu badan kita lah.

Owh lagi satu, hari tu abg hafiz ada ajar macam mana nak tau anak kita atau sesiapa merokok selepas 21 hari. Tanpe bau rokok atau kesan2 lain. Senang je cara nya. Kalau nak tau, saya boleh je buat demostrasi free~ Hehe. PM je saya okeey :P

Owh okey la kejap lagi kuliah. Harap2 jumpa orang baik baik lagi harini :) Hari pun jadi baik jeeee amin.

Ya Allah, kau jauhilah keluarga ku, adik2 ku, rakan2 ku, ikhwah serta akhwat yang aku sayang daripada perbuatan MEROKOK ini. Ameen~

Sunday 11 March 2012

Ubat rindu Ubat sakit

Assif jiddan sebab dah lama tak update belog. Sekarang ni sedang mengharungi hari-hari yang agak busy. Weekend pun dah tak macam weekend. Dah takde istilah cuti sekarang. Setiap hari ada kelas, dari pagi sampai ke malam. Awal-awal pagi lagi dah keluar rumah, ayam pun tak bangun lagi kiteorang dah meredah pergi ke kuliah. Malam letih ohh sampai umah terus tidur. 

Hmmm macam tu lah kehidupan seharian sekarang. Ini lah pengorbanan namanye kan. Hari ni pun berpeluang nak update blog sbb saya tak ke kuliah harini kerana kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan. Tak ceria nampak blog ni. Sama la macam tuan dia sekarang yang tak berapa nak ceria dah sekarang ~

Sebenarnya ni tengah sebok2 mencari maklumat daripada WHO ( World Health Organization) untuk assignment tentang breast tumor aka kanser payu dara, tetiba tergerak pulak tangan ni nak menaip sesuatu.

Ate sebenarnye, teman nak ceghita ni (pandai2 je nak guna loghat2 ni), semalam saya dapat bungkusan dari Malaysia. Ya Allah memang teruja terharunyee terus bukak bungkusan tu. Memang kalau dah namanya mak kan, sentiasa memahami kehendak & kesukaan anak-anaknya. Terima kasih mak ayah sebab kirimkan makanan-makanan dari malaysia, rinduuuu sangat. Rendang daging, rendang pucuk ubi dan yang paling penting skali tart nenas kegemaranku~

Mak sangat memahami T__T Kalau musim raya, tak kira lah rumah sendiri ke atau rumah yang saya pergi raya, mesti kuih tart nenas punya balang selalu kosong, saya lah tu yang kerjakan.

Mak ayah, bungkusan daripada mak n ayah buat kaklong makin sihat :')
Mak ayah jangan risau-risau lagi yee.
Kat sini ahli beyt jaga kaklong mcm mak ayah jaga kaklong, Alhamdulillah.
Ternyata ni bukan sakit biasa, tapi sakit sebab rindu kat keluarga sebenarnya :(
Doakan kaklong cepat sembuh.
Sekarang ni dah macam banyak ketinggalan tapi insyaAllah nak cuba catch up sikit2 okey. 

So kesimpulannya, jagelah kesihatan. Sekarang ni perubahan musim nak masuk ke musim panas. Semoga Allah bagi kekuatan untuk menghadapi hari-hari yg mendatang di Mesir. Takpe.. Allah nk uji sikit. Semoge dengan kesakitan ini dapat lebih mendektkan diri ini denganNya..


~Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah, yang dpt menggembirakan emak dan ayah..

Monday 6 February 2012

I accept your apology :')

Jangan kerana cinta kita gugur. Jangan kerana cinta, prinsip akan menjadi larut cair. 


Cinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik kepada percintaan. Bahkan ditaqdir Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurgawi ilahi – tempat pertama melahirkan cinta. 


Kesetiaanlah yang mengikat cinta. kecurangan akan meranapkan cinta. Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus di kekalkan.


-khutbah Tuan Guru Nik Aziz


"Apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya." =) Allahu Allah T_____T

Betul ke ni?

Err. Betul ke ni?
Macam tak percaya je! Malam semalam baru buat keputusan, malam ni dah nak packing barang sume.
Fuhh. Dasat. Padahal baru je pergi haritu. hee Alhamdulillah ada rezeki ke sana lagi.
weeee tak sabarnye. Ayohh persiapkan mental dan fizikal untuk menawan jabal Tursina buat kali yang ke 2!


*hmm lagi satu yang mcm tak boleh percaya lagi tentang kejadian yang berlaku kat maarod ( Pesta Buku Kaherah ) semalam. ( Dah kali ke 2 pergi maarod ni heh ) Betullah, makin kita nak elak, makin tu lah kita boleh jumpa dalam keadaan yang tak sangka-sangka. Takpernah tahu pun dia ada kat kaherah. Tulah gatal sangat lama tak contact. wee wee. Dunia ni kecik je. kann.

Ok lahhh Off to SINAI. =) =)

Friday 3 February 2012

Pesta Buku Cairo

Baru-baru ni winter holiday kami telah diserikan dengan percutian yang menarik, iaitu percutian ke maarod kutub (Pesta Buku Antarabangsa ) Kaherah. Hehe. Tak jauh, tak memerlukan tambang yang mahal, hanya LE8 sahaja dengan menaiki teksi ( lebih kurang RM4 ) cengggg

Kali terakhir aku menjejak kaki ke maarod kutub ni masa tahun 2010. Tahun lepas tak dapat pun pergi maarod disebabkan peristiwa rusuhan yang berlaku di Mesir yang terpaksa membawa kami rakyat Malaysia pulang ke Malaysia melalui Ops Piramid.

Apa yang menarik kat maarod buku ini apa lagi kalau bukan BUKU. Pengalaman ke maarod ni memang cukup menarik sebab banyak kitab-kitab atau bahan ilmiah yang diingini diperolehi dengan mudah. Macam-macam jenis kitab adaaaa. Heaven woh. Tak kiralah buku medic ke, buku agama ke, buku cerita ke, semua ada.



Maarod kutub ni memang tersangat lah luas dan besar. Kalau nak pergi, mesti ada solah-solah yang perlu difokus. Tak dan nak round satu maarod tu dalam masa sehari. Sebab tu paling kurang pon kebanyakan mereka yang duduk sekitar kaherah ni akan pergi sampai dua tiga kali. Hari pertama survey-survey dulu patu hari lain pulak memborong kitab-kitab yang dah disenaraikan.



Kat maarod ni sebenarnya, majoriti buku-buku dia dalam bahasa arab. Memang syurga buku. Memang syurga ilmu. Sayangnya syurga itu tak ada kuncinya. Bahasa Arab.. Rasa nak melutut kat situ sebab terasa amat-amat rugi. Dah hampir tiga tahun aku duduk di mesir ni. Tapi entah bila lagi baru boleh pandai cakap arab macam air, bila lagi baru boleh baca kitab arab macam komik. :(

Dan dengan ini, aku mengisytiharkan perbelanjaanku yang melebihi LE 600 dalam masa sehari menjejak kaki ke maarod kutub ni T_____T


Apa pun, aku perlu lebih fokus pada buku di bawah pada waktu cuti ni hehe. Bukak je kuliah awal Feb ni, bakal menyusul exam hadis pulak. Alhamdulillah, dengan ada nya exam hadis lepas cuti ni, ternyata cuti winter kali ni bukan lah sekadar cuti yang sia-sia. huhu. Dan nak masuk fasa dua ni barulah terhegeh-hegeh nak hafal Al-Quran sedangkan orang lain dah jauh dah. Memang kesilapan tak mula hafal dari awal dulu lagi. Allah.


Sebab tu kot memang tak ada mood nak pergi berjalan mana cuti ni. Semoga cuti yang selama dua minggu ni aku dapat fokus lebih untuk mempersiapkan diri untuk fasa 2 ini. Harap2 lah akan ada azam untuk berubah lebih baik lepas cuti ni.

Semoga perjalananku tidak terhenti sebagaimana terhentinya entry ini dengan noktah. InsyaAllah. May your holidays be a such 'Happy Ending' and good luck for your next journey towards excellence.  Dan kepada sesiapa yang belum menjejakkan kaki ke maarod kutub ni, apa tunggu lagii. Jangan lepaskan peluang berharga di bumi kinanah ni ye :)

Tuesday 10 January 2012

Mid Year Examination

1 down, 3 more to go! Next target, Microb. Gambar kat bawah ni saje nak ambik semangat microb. Allah.. Ku mohon nusrahMu :)


8/1/2011    - Pathology
16/1/2011  - Microbiology
19/1/2011  - Parasitology
24/1/2011  - Pharmacology




اللهم أنزل السكينة فى قلوبنا 
اللهم ذكرنا اذا نسينا 
اللهم علمنا اذا جهلنا
اللهم ذكرنا عند السؤال 

وألهمنا الاجابة الصحيحة
اشرح صدورنا ويسر أمورنا 
اهدنا وبارك فيناو أرزقنا
اللهم اكتب لنا النجاح فى الدنيا وفى الآخرة

أمين يارب العالمين


Pesanan

Pesan seorang sahabat : "Yana kalau ade kerungsingan di hati, ingatlah pesanan sahabat saya, kalau ade kelapangan ziarahlah tempat2 orang soleh insya Allah hati kita akan tenang."




Jzkk sahabatku :)

Wednesday 4 January 2012

Menawan Jabal Tursina ( Sinai )

Pengalaman yang sangat menarik dengan seribu pengalaman yang manis melihat kebesaran dan keagungan ciptaan Allah, serta pengajaran dari Al Quran dengan kisah-kisah para Nabi dan Wali Allah . Allahu Allahhh :')


Alhamdulillah syukur sangat kerana dipilih oleh Allah dan diberi peluang untuk sampai ke puncak Jabal Musa yang merupakan tempat munajat Nabi Musa A.S. Teringin sangat sangat sangat nak bawa satu keluarga sampai sini. InsyaAllahhh satu hari nanti.



Dan Alhamdulillah juga saya dapat tiba di puncak sebelum terbit matahari. Indahnyaaa. Bila sampai je kat atas puncak tu, tak sedar pun tiba-tiba je mengalir air mata ni T___T. Subhanallah. Terharu, menangis, teruja semua ada bila sampai di atas :') walaupun setelah penat mendaki berbatu-batu sedari jam 2 pagi.  



Banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami lawati sekitar selatan Sinai ini seperti telaga di Uyun Musa, Wadi Arbain, Makam Nabi Harun dan Nabi Salleh A.S, Dahab dan banyak lagi.

Ada permintaan untuk berkongsi pengalaman, mebi lepas exam kot? insyaAllah jika diizinkan waktu :)

Musibah. Muhasabahhh T___T

Baru hati mula nak sedih (setan konpem2 dah gelak setan!), Allahu.. T___T *emosi*


sekali Allah datang SOUND:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang-orang yang dusta”. al ANKABUT 2-3 

huuuu, baik Tuhan. aku redha. sobs3 :')


yeaaa mungkin lebih baik kalah dengan redha, lapang dada, menyerah, daripada menang dengan perasaan sombong, riak, bongkak. takut kat akhirat nanti Allah tuntut atas segala perasaan takabbur, ujub, angkuh. naudzubillah. T_T 



jadi bilaaa musibah datang maka anggap lah ia liku-liku seorang bekas pendosa saban hari. Tuhan, terima kasih hadiahkan pengalaman yang menampar pipi. supaya terkesan mendidik jiwa untuk merendah diri. ya, hanya di depan MU, wahai kekasih abadi. :')


apapun dugaan yang datang, jangan mengeluh wahai liyana. senyum lah. mintak Allah bukak jalan solusi. terima kasih Allah. 'teguran' Mu penuh kasih sayang. ♥



Tuesday 3 January 2012

:: Fatrah Imtihan ::


Sekuat mana usaha kita, sebanyak mana pengorbanan kita, perlu kita sentiasa sedari bahawa, satu-satu matlamat itu tak akan tercapai melainkan setelah mendapat perkenan dan izin daripada Allah S.W.T. 

Maka atas dasar dan keyakinan inilah kita akan kembali kepada fitrah kehambaan yang lemah, tidak akan mampu mencapai dan melakukan sesuatu melainkan dengan izin dan perkenan daripadaNya.

Salam imtihan kepada semua sahabat2. May Allah ease our journey towards success. Amin ya Rabb :)

Perjalanan Ini



Ampunkanlah aku..
Terimalah taubatku..
Sesungguhnya Engkau sang maha pengampun dosa..

masih ada kesempatan waktu utk kembali.. :')

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign