Saturday, 2 October 2010

☺Egypt 1

Assalamualaikum wbt dan salam satu melesia.
Heeeloo ppl yang berada di malaysia mahupun di mesir. hehhehee
Quick update sebelum pergi kuliah. Ohya ya hari ni saya ada date dengan Mr. Histology dan Mr. Tafsir :D jam 10 pagi mesir. 

Malam tadi dapat makan kfc weh. Sebab ada program kat ARMA. Ada Ustz Asri dan ramai lagi, hahaa menyimpang tajuk. Saya tau. Cuma nak bagitau gak, bukan senang I dapat makan kfc kat sini taw? haha PERIOD

Anyway, tak dapat salu update disebabkan wireless curi unsecured neh tak berapa bagus line dia. Akan tetapi, terima kasih ye kepada baba atau mana-mana ammu yang network beliau bernama ***s*.

Kepada mak ayah jangan risau, saya kat sini baik-baik sahaja. Seronok dapat breakfast ikan sardin melesia. Rasa cam kat melesia bhai!:D

Oh ere. Act before balik egypt memang excited nak balik sebab satu reason je - Sebab dapat naik flight. Jakun en? Tau tu. Kenapa best naik flight? Sebab seumur hidup berapa kali je dapat naik flight. Sebab dapat makan best. Sebab ada stewerdess yang segak segak wink. Sebab dapat tengok cite best weh - karate kid, house, csi, hindi etc. Tak terasa sakit punn duk lelama. Hehee.

And dalam fikiran, part otw balik tu je yang best. Bila sampai egypt yang kaler coklat instead malaysia yang kaler hijau nanti, mesti bosan bila sampai egypt. Macam - taknakkk!

Tapi bila sampai sini. Speechless :D Ada banyak sebab kenapa dah mula rasa sayang kat mesir.
Ahhh, feeling pulak.

Okay sekarang ahli bait saya kt sini ada 7 orang semuanya termasuk saya. Kelebihan ada housemet 7 orang ni ialah, dapat masak satu hari sorang dalam seminggu. Cukup2. Takde berebut rebut. Kehkeh x)

Kak Humaira (tahun 2 syariah)
Kakak bilik saya, sekepala je kami. Kak maira ni kecik je orang nya. Suara dah lah macam siti. thehee tapi kak maira mengaji sedap. Saya suka dengar kak maira mengaji. Kadang-kadang saya cuba tiru dia tapi tak dapat, hihi :P

Kak Rehan (tahun 2 lughah)
Seorang yang sangatt lemah lembut. Ketua rumah kami ! :) Kak rehan sangat baik baik baik! Suka akak.

Kak Limah (tahun 3 usuluddin)
Kalau akak baca belog ni, sila lahh balik sini cepat! :D hahaha

Kak zimah (tahun 3 syariah)
Ini pun sama bercuti lelama kat melesia tak balik balik lagi neh. Kak zimah, balik laaa, saya nak kirim bahulu ni. Btw, saya kagum dgn kak zimah. Tahniah sebab result yang best :D Akak memang rajin. Selalu tak tido malam. Balik2 exam nangis kata tak dapat jawab. Padahal result. Peeergh. Respect akak :D

Saya (tahun 2 perubatan)
Apa-apa jelah haha

Rozie (tahun 1 usuluddin)
Baru kenal neh, sebab baru datang. Kami sebaya ok. Selamat berkenalan :D Heh

Muniratul (tahun 1 lughah)
Kawan baru jugak. Kelakar dak neh. HAHA. Nnt kita kenal lebih rapat lagi ek. ekeke.

Kenapa en nak kenalkan ahli bait? heh gila. Abaikan. Anyhoo, saya sayang sume akak2 saya, akak2 memang terbaikkkk :D Semoga kita dapat jadi sebuah usrah yang diberkati.

Kawan2, doakan saya untuk tahun 2 ni. doakan kita sama-sama dapat mencapai mumtaz dunia dan akhirat. Amiin. Uh okaay then gtg! Mr. Histology dah tungggu weeh. Jap jap, toodles ppl! Salaam :D

3 comments:

rasyad said...

wht a great story from Dr.welldone.u can be a filmaker

Fizin said...

HAKHAK! excited btul. smpai ana pun terjangkit. ;D

yannonino said...

rasyad ; alrite, wait for my first movie NGAHAHA

saudara fizin ; ape ana ana neh. haha

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign