Assif jiddan sebab dah lama tak update belog. Sekarang ni sedang mengharungi hari-hari yang agak busy. Weekend pun dah tak macam weekend. Dah takde istilah cuti sekarang. Setiap hari ada kelas, dari pagi sampai ke malam. Awal-awal pagi lagi dah keluar rumah, ayam pun tak bangun lagi kiteorang dah meredah pergi ke kuliah. Malam letih ohh sampai umah terus tidur.
Sebenarnya ni tengah sebok2 mencari maklumat daripada WHO ( World Health Organization) untuk assignment tentang breast tumor aka kanser payu dara, tetiba tergerak pulak tangan ni nak menaip sesuatu.
Ate sebenarnye, teman nak ceghita ni (pandai2 je nak guna loghat2 ni), semalam saya dapat bungkusan dari Malaysia. Ya Allah memang teruja terharunyee terus bukak bungkusan tu. Memang kalau dah namanya mak kan, sentiasa memahami kehendak & kesukaan anak-anaknya. Terima kasih mak ayah sebab kirimkan makanan-makanan dari malaysia, rinduuuu sangat. Rendang daging, rendang pucuk ubi dan yang paling penting skali tart nenas kegemaranku~
Mak sangat memahami T__T Kalau musim raya, tak kira lah rumah sendiri ke atau rumah yang saya pergi raya, mesti kuih tart nenas punya balang selalu kosong, saya lah tu yang kerjakan.
Mak ayah, bungkusan daripada mak n ayah buat kaklong makin sihat :')
Mak ayah jangan risau-risau lagi yee.
Kat sini ahli beyt jaga kaklong mcm mak ayah jaga kaklong, Alhamdulillah.
Ternyata ni bukan sakit biasa, tapi sakit sebab rindu kat keluarga sebenarnya :(
Doakan kaklong cepat sembuh.
Sekarang ni dah macam banyak ketinggalan tapi insyaAllah nak cuba catch up sikit2 okey.
Sekarang ni dah macam banyak ketinggalan tapi insyaAllah nak cuba catch up sikit2 okey.
So kesimpulannya, jagelah kesihatan. Sekarang ni perubahan musim nak masuk ke musim panas. Semoga Allah bagi kekuatan untuk menghadapi hari-hari yg mendatang di Mesir. Takpe.. Allah nk uji sikit. Semoge dengan kesakitan ini dapat lebih mendektkan diri ini denganNya..
~Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah, yang dpt menggembirakan emak dan ayah..
1 comments:
nothing to said :)
Post a Comment