Mari berlayar di bahtera keinsafan. Menggapai keredhaan dari Allah. Apalah gunanya kita hidup di dunia jikalau tidak mendapat keredhaan-Nya.
Rasailah kemanisan beribadah, kemanisan dalam onak duri ujian yang diberikan oleh-Nya untuk kau lebih mengenali siapakah DIA yang sebenarnya yang mana tidak akan meninggalkanmu di kala engkau bersendirian ataupun dalam kesusahan.
Itulah menunjukkan betapa sayangnya Allah padamu. Semakin kutulis tentang perkara, semakin menitis air mataku kerana kutahu tiada ternilainya harga cinta-Mu, ya Allah...:-(
-HAT-
0 comments:
Post a Comment