Friday 9 July 2010

☺ She said ,


Salam. Sekadar untuk berkongsi. Teguran buat diri yana sebenarnya tp sama-sama kita ingatkan diri ya :)

From : her:D

Bila tgk yana berkawan dgn lelaki tu nampak happy sgt yer. Bahagianya hidup yana. Tapi kan awatnya rapat sangat berkawan. Kurang sesuailah..

Bagaimana cara paling baik untuk berkawan. Kat sini cikgu ada sedikit yang boleh dijadikan dalam kita berkawan. Takut nanti sebab dosa-dosa kecil yang kita buat, hilang keberkatan ilmu kita. Tu jadi orang yang belajar ilmu agama tapi tak meresap dijiwa kita. Cikgu bercakap atas pengalaman cikgu.

Cikgu berkahwin dengan suami cikgu bukan atas cinta sejati. Kami bercinta selepas berkahwin. Lepas buat istikharah terima suami cikgu. Jumpa atau keluar makan-makan kat luar mmg tak pernah walau sekali. Tapi kemanisan itu Allah balas bila dah kahwin rasa honeymoon jer walau dah masuk tahun 7 perkahwinan kami. Percayalah Yana.. Waktu muda ni kita terbuai dek perasaan (nafsu) semata2. Kalau lelaki itu baik dia akan menjadi peningat kita yang setia agar menjaga batas-batas pergaulan.

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain. Ini yang selalu kita lihat anak-anak di luar sana lakukan. Bukti kasih sayang. Jangan anak-anak dosa..

b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah. Untuk perhubungan awal tidak perlu kerap berjumpa bahaya. Ajak kawan kalau sekadar tengok tak payah sayang. Sabar...

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( Sms, phone, chat, mesengger ). Ini jalan paling selamat utk berkenalan tetapi tengok topik perbincangan. Kalau sampai lewat pagi fitnah
nanti..

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling. Kita suka kata sibuk aje org ni suka jaga tepi kain orang. Tapi aksi kita yang kekadang terlampau yang buat orang kata. Kita tak sedar nak..

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan. Jaga diri jangan sampai jadi bahan fitnah..

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing. Semestinya. Jaga aurat selengkapnya. Kalau kawan datang rumah jgn tak pakai tudung pula. Ingat hanya yang mahram aje boleh tengok aurat kita.

g. Awas daripada bertukar gambar. Yang dah bertunang tu tengok gambar kalau untuk tak pernah tengok pastu suruhlah keluarga simpan kita tak payah simpan. Yang tak ada ikatan apa2 mcm masa sekolah ni tak payahlah. Angau susah. Lagi satu dosa. Tapi bila dah tepek kat myspace atau web aper2 susah nak kata. Sesaper boleh download. Banyak godaannya..

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul. Inilah bila kita tak ikut yang Islam dah ajar. Baru couple heboh kat kekawan. Pastu kenal yang lain heboh lagi. Benda yang belum pasti jangan dihebahkan takut datang fitnah..



Apapun kawal diri untuk bercouple secara serius ; Cinta monyet. Cinta sejati ialah kita mencintai seseorang kerana Allah dan kerana agama. So pilihlah pasangan anda nanti yang beragama. Bukan yang handsome, kaya, berpangkat. Kita tak tahu jodoh kita dengan siapa. Kadang2 kita berkawan bagai nak rak tetiba Allah utuskan seseorang yang amat baik dan wara' untuk kita di universiti masa tu kita akan rasa bahawa memilih yang terbaik untuk kita. Ramai dah kawan cikgu yang jadi macam ni. Menyesal sebab dulu dok main cinta kerana nafsu tapi bila kita mencintai seseorang kerana Allah berbeza tau.

Takpelah yana jangan risau, cikgu paham sukar untuk kita berubah sekelip mata. Tapi kita kena banyak berdoa pada Allah agar dibuka pintu hati kita untuk membetulkan kelalaian kita. Susah nak buang bila hati dah suka. Dulu adik cikgu yang UTM pun beria2 bercinta ngan budak UIA tapi bila masuk UTM dia dah ikut usrah dia mula rasa bersalah apa yang dia buat selama ni. Bila panggil sayang2, honey.. Dia mula bertegas dgn pasangannya tapi jodoh mereka tak ada. Adik cikgu rasa tak boleh teruskan dgnnya dan bila buat istikharah tak dpt petunjuk budak tu. Mereka hanya berkawan biasa. Mmg sian ngan bdk UIA tu. Kami pun sian tapi nak buat mcm mne.

Akhirnya dia bertemu juga budak UTM sama persatuan dgnnya. Budak ni baik, alimlah, pandai Qiraat, dan mmg pakej semua lengkap. Tapi sekarang mereka tak bercinta macam dulu lagi. Semua terkawal dan tidak lagha. Tiada sms rindu2an. Bergambar pun tak pernah bersama. Semua terjaga. Sebab nak kemanisan selepas perkahwinan. Dan adik cikgu semakin rajin mendekatkan diri dgn Allah sejak mengenali budak UTM tu. Rajin beribadat. Suker cikgu tgk. Kalau dulu masa dia bercinta ngan budak UIA cikgu selalu marah dia sebab lagha. Tu beza lelaki idaman kita dengan lelaki soleh yang perlu kita cari.

So Yana fikirkanlah. Kalau Yana rasa that boy yang terbaik boleh teruskan tapi jaga batas2 mcm panduan kat atas tu. Huhu. Jgn malu yer. Cikgu sayang yana. Sebab anak sulung besar peranannya. Adik cikgu yang Siti pun dah jumpa teman yang mcm tu. Memang bercinta jadi boring bila tak berhubung tapi janji Allah untuk umatnya yang menjaga cinta ialah kemanisan selepas berkahwin. Rahsia tok nenek kita. Zaman dulu mana ada bercinta macam zaman millenium ni kan. Ok cikgu kuar dulu. Sayang yana..

Actually yg tulis ni bukan cikgu yana. Dah ditukar wataknya. Hehe. Harap sama2 dapat ambil pengajaran. Tolong kita ingatkan sesama kita. Saya memang selalu lupa. :(

1 comments:

Putera Tidur said...

nice, share ah kat fb kasi ramai org sedar sket

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign